BARU-baru ini tular di laman sosial nahas yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di Kajang.

Salah seorang daripada ‘hero’ yang tampil cuba membantu pemandu berkenaan iaitu seorang penghantar atau rider perkhidmatan pengangkutan dan logistik, Grab.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Twitter, lelaki itu kelihatan cuba membuka pintu dan mengetuk tingkap bahagian penumpang untuk menyedarkan pemandu yang tidak sedarkan diri.

Baca juga: [VIDEO] Tular video kenderaan tekan minyak rempuh gerai, rupanya pemandu panik, pitam kerana tak makan

Tindakan lelaki itu mendapat perhatian warga maya.

“Rider grab sangat bagus. Mereka menghantar barangan dan selalu menyelamatkan keadaan,” ciap pengguna Twitter.

Grab Malaysia dalam ciapan balas memaklumkan mahu menjejaki rider yang berani berkenaan untuk diberikan penghargaan.

“Kami bersetuju mereka lagi tetapi adakah anda mempunyai butiran basikal penunggang itu supaya kita boleh mencari dan memberi ganjaran kepadanya atas sikap berani membantu orang lain?” katanya membalas ciapan netizen.

Malah semasa Toyota Hilux itu terbabas dan melanggar rumah kedai, rider itu juga antara orang yang terawal menghampiri pemandu yang pitam itu.

Dalam kejadian petang Rabu lalu, pemandu kenderaan jenama Hilux itu dilaporkan mengalami panik selepas tersedar daripada pengsan.

Iklan

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan oleh polis mengalami pengsan kerana tidak mengambil makanan.

Susulan itu, video kejadian menjadi tular di media sosial.

Iklan

Semoga rider berkenaan diberikan penghargaan sewajarnya di atas keprihatinan dan keberaniannya.

Baca juga: Mata Merah, Tinggi Daripada Manusia, Pengamal Perubatan Dedah Rakaman Interaksi Makhluk Halus

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter Shamin Shaimah