PEDAL minyak tertekan menyebabkan asap berkepul-kepul, demikian paparan video nahas kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah gerai yang tular baru-baru ini.

Deraman enjin dan keadaan kenderaan itu yang tidak dapat bergerak susulan terhalang oleh  Perodua Alza pada arah bertentangan menyebabkan kekecohan kepada orang ramai berhampiran. Orang ramai turut kelihatan cuba membuka pintu kenderaan terbabit.

Kekuatan tekanan pada pedal  kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan Perodua Alza di hadapannya teralih hingga menyebabkan kenderaan tersebut melanggar gerai berhampiran.

Bagaimanapun pergerakannya kenderaan jenama Hilux itu akhirnya terhenti apabila ia merempuh bahagian hadapan sebuah kedai.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana insiden sedemikian berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizal hakimm (@rizal_hakimm)

Kejadian yang berlaku di Kajang pada petang Rabu itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Beliau mengesahkan kemalangan terseut berlaku kerana pemandu dikatakan pitam atau pengsan semasa memandu kerana tidak makan.

Katanya, setelah tersedar dariapda pitam, pemandu tersebut panik dan seterusnya berlaku kemalangan.

Bagaimanapun, Mohd Zaid tiada kecederaan dialami pemandu pacuan empat roda dan Perodua Alza. Hanya kerosakan kenderaan sahaja yang berlaku.

Iklan

“Hasil ujian air kencing pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol. Ujian air kencing telah dijalankan terhadap pemandu dan ia didapati negatif,” katanya kepada portal berita tempatan.

Video berkenaan menjadi tular di laman sosial. Ia menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan warga maya tentang keadaan pemandu kenderaan.

Untuk pengetahuan korang, pengsan atau pitam boleh terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Ia adalah reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau tubuh yang kekurangan makanan.

Iklan

Baca juga: Mata Merah, Tinggi Daripada Manusia, Pengamal Perubatan Dedah Rakaman Interaksi Makhluk Halus

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Rizal Hakimm