Guna kanta pembesar kerana masalah penglihatan, ibu 7 anak tak patah semangat raih PhD

GUNA kanta pembesar selepas mata kanan tidak berfungsi, masalah penglihatan tidak mematahkan semangat ibu tujuh anak raih PhD

PhD adalah tahap tertinggi dalam pendidikan formal. Justeru untuk mendapatkannya bukanlah perjalanan yang mudah. Seperti kata peribahasa, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, ia tepat menceritakan pengorbanan wanita ini.

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Menghidap lekangan retina pada mata kiri tidak memadamkan cita-cita Norhayati meraih skrol PhD

Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, dia bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara

Iklan
Iklan
(UiTM).

Malah dia mengakui pernah hampir putus harapan menyudahkan pengajian.

“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).

“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya.

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Tidak sekadar itu, keadaan mata Norhayati juga memaksanya menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.

“Tahun lepas, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lepas, hanya menggunakan mata kiri sahaja.

“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu stres sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkaitan kewangan.

Menurut Bernama, wanita cekal itu dibantu staf UiTM bagi mendapatkan suaminya yang menunggu di pekarangan dewan memandangkan penglihatannya yang sangat minimum telah membantutkan pergerakannya.

Tahniah buat Norhayati atas kejayaannya meraih PhD setelah melalui cabaran yang berliku. Semoga kejayaannya ini menyuntik semangat  buat wanita lain agar terus memajukan diri dan menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu

Baca juga: Dimasyhur Pro-Canselor UiTM, ini 8 fakta Tengku Permaisuri Norashikin

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

PhD ialah ijazah peringkat tertinggi akademik yang diberikan setelah mengikuti pengajian. Mereka yang belajar untuk PhD diminta menghasilkan penyelidikan asli yang memperluas batas pengetahuan, biasanya dalam bentuk tesis atau disertasi,dan mempertahankan kajian mereka terhadap para pakar di lapangan.

Menyelesaikan PhD sering menjadi syarat untuk pekerjaan sebagai profesor universiti, penyelidik atau saintis dalam banyak bidang.

Baca juga: Pernah digelakkan pelajar PhD Malaysia di Melbourne, ini nasihat Azizulhasni

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Azma ML

Recent Posts

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

2 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

2 hours ago

‘Tak sangka saya pula kena attack.’ Cermin belakang kereta diketuk dengan tukul, Safiq Rahim pula mangsa serangan

KETIKA negara sedang berduka dengan kejadian menimpa dua bintang Harimau Malaya, pemain tengah Johor Darul…

3 hours ago

Beza usia 41 tahun bukan penghalang tauke emas kahwini wanita muda

  PERKAHWINAN berbeza usia 41 tahun di Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini mengundang perhatian ramai di…

5 hours ago

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakon, Toq 40, berkongsi berita gembira…

12 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

18 hours ago