PENGASAS jenama baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, mengumumkan peruntukan tambahan lebih dari RM200,000 untuk memberi hadiah pakej umrah kepada pelanggannya.

Mesra dengan panggilan Meri, beliau mengakui pakej tersebut cukup istimewa dan bermakna kepada pelanggan jika dibandingkan dengan hadiah lain.

Bulan bintang

“Sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Orang semua tahu, kita ada sediakan hadiah cabutan bertuah berupa kereta dan sebagainya, tetapi feeling bagi pakej umrah ini lagi best.

“Disebabkan itu kami tambah lagi dengan 10 pakej bersamaan 20 orang yang bakal menerimanya.Ini bukan hanya menjadi satu pengalaman yang berharga buat penerima, tetapi juga satu bentuk penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami,” ungkapnya.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok @madakmal_ telah memuat naik video yang memaparkan beliau memenangi pakej menunaikan umrah dalam cabutan bertuah tersebut. Perkongsian tersebut viral dan mendapat perhatian Meri yang sanggup turun padang untuk memberikan hadiah tersebut kepada pemenang.

SOKONGAN PELANGGAN

Pada masa sama, beliau turut memberitahu, lebih dari 70 peratus hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta yang mana terdapat hadiah menarik antaranya kereta, motosikal, pakej umrah dan percutian telah dimenangi oleh pelanggannya.

“Kini hanya berbaki 30 peratus daripada hadiah keseluruhan untuk dimenangi sebelum tiba hari raya. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atau sokongan pelanggan selama ini,” ujar beliau lagi.

bulan bintang 1

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu lalu.

Ia merupakan satu program CSR anjuran Bulan Bintang x Muslim Volunteer Malaysia (MVM) x Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra.

Iklan

Turut hadir Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang yang turut sertai bersama dengan menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

 

Iklan

bulan bintang 2

bulan bintang 3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!