IBU maut manakala dua anak cedera dalam kemalangan tragis di Pasir Putih, Kelantan, pagi tadi.

Sayunya! Seorang ibu yang membawa dua anak menaiki motosikal maut apabila terbabit dalam satu kemalangan melibatkan lori treler.

Bertambah sebak apabila dua kanak-kanak itu turut cedera dan salah seorang daripadanya parah, mengalami putus kaki.

Difahamkan kemalangan yang berlaku di Jalan Kemunting itu melibatkan treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

Memetik laporan portal berita tempatan, menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, PBK II Siti Nor Raihan Mohamad Harami, ini fakta kejadian berkenaan;

1. Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu treler tersebut gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkannya terbalik.

2. Penunggang motosikal yang maut merupakan seorang wanita berusia 30-an manakala kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun yang putus di bahagian paha dipercayai anak mangsa yang membonceng motosikalnya.

3. Kemalangan itu juga melibatkan 21 penunggang basikal dari kumpulan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital USM Kubang Kerian.

4. Seorang penunggang sahaja yang dilaporkan mengalami cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Baca juga ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’ -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Ibu maut, anak putus kaki motosikal dihempap treler besi, 8 fakta berkaitan

Iklan

5. Selain itu, ada dua lagi mangsa dan seorang bayi dalam kenderaan lain mengalami cedera ringan.

6. Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk tindakan lanjut.

7. Dalam pada itu, siasatan awal mendapati treler berkenaan mengalami masalah brek.

8. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.

Iklan

Salam takziah buat keluarga wanita berkenaan dan mereka yang terlibat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.