IDEA sebuah taska dipercayai di luar negara ini meraih perhatian ramai apabila murid-muridnya dilatih untuk tidak menerima pemberian daripada orang tak dikenali. Hal ini sekali gus berkesan mengelakkan kes jenayah seperti penculikan.

Video yang dipercayai berasal dari luar negara itu dikongsikan semula pengguna TikTok nshyafira.

Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia empat hingga enam tahun diuji oleh seorang wanita dewasa yang cuba menyerahkan makan ringan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka yang menerima makanan tersebut didukung seolah-olah dilarikan.

Warga maya memuji kumpulan kanak-kanak berkenaan yang mengikuti arahan dan tidak bertegur sapa dengan orang tidak dikenali walaupun meraung kerana tidak boleh mengambil makanan ringan tersebut.

Malah ada dalam kalangan mereka cuba bertindak meloloskan diri dengan menarik tangan apabila cuba ‘dilarikan’.

Beralih ke ruangan komen, warganet rata-rata bersetuju demonstrasi seumpama itu wajar diterapkan dalam sistem pembelajaran di pusat asuhanm tadika mahupun sekolah agar kes culik dapat dielakkan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Ujar mereka:

– “Biar mereka menangis, dari kita yang menangis. Bukan untuk menakutkan,tetapi supaya mereka faham. Idea bagus.”

– “Macam anak-anak di Korea mereka diajar begini. Mereka malah diajar cara selamatkn diri apabila berlaku penculikan atau kecemasan.”

Iklan

– “Latihan macam ini bagus. Sebab kanak-kanak lebih peka dengan apa yang mereka nampak daripada apa yang kita pesan.”

– “bagus pendekatan ini. Learning by doing. Biar mereka menangis ketika ini dariapda menangis apabila perkara sudah jadi.”

Iklan

Sumber: TikTok nshyafira

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi