Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan

“SAYA memang tak ada rumah, saya tak ada kereta mewah, ada satu kereta yang baru saya beli pada mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya semua kilang sahaja,” itu pendedahan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, influencer berusia 30 tahun itu menyifatkan dirinya lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri.

Katanya, pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal adalah lebih baik berbanding memanjakan diri dengan kereta atau rumah mewah.

“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.

Baca juga ‘Teruskan belajar, jaga adab.’ Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!

 

“Bab bisnes saya tidak berkira macam contoh staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, letak balik la,” kongsinya menerusi satu klip video yang dimuat naik menerusi TikTok @syaz_aa.

Dalam pada itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman turut mendedahkan dirinya tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak serta menganggap kehidupan bebas hutang adalah jauh lebih baik.

“Saya memang tak ada loan (pinjaman), satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja, yang lain semua aset yang dah dibeli dah habis bayar termasuklah dekat kilang.

“Dekat kilang semua mesin juta-juta itu semua dah habis bayar, itu semua aset saya. Kalaulah satu hari nanti saya mati, bisnes saya tak jalan, keluarga saya boleh jual semua mesin-mesin yang ada, boleh dapat duit daripada itu untuk mereka,” ujarnya.

Baca juga Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan Khairul Aming kerana tahu membezakan kehendak dan keperluan hidup.

Iklan

Ujar mereka;

“Limited betul orang macam Khairul Aming, harap menjadi contoh buat anak muda di luar sana.”

“Kekayaan yang sebenar seseorang itu adalah mereka yang bebas daripada tanggungan hutang.”

“Ni mindset yang paling wajar.. Bebas Hutang, tidur lena itu la real kaya.”

Iklan

“Khairul Aming, jutawan yang patut dicontohi. Baguslah nak beli apa-apa fikir dahulu, jangan beli ikut nafsu nanti kemudian hari mendatangkan kesusahan.”

“Respect you know what you do dan what you can give. Orang hebat… pemikiran luar biasa!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!