Inspirasi! Ibu mentua masak sahur & berbuka untuk anak menantu walau beza agama, perkongsian doktor wanita ini buat ramai tersentuh

MENONTON video yang tular di laman sosial ini menggambarkan ikatan kekeluargaan yang melangkaui perbezaan agama dan bangsa.

Kahwin campur pada masa ini dilihat sudah sebati di kalangan masyarakat kita. Sikap tolak ansur, toleransi, memahami sesama pasangan dan keluarga mentua menjamin kebahagiaan yang berpanjangan.

Menerusi laman perkongsian video, doktor wanita, Dr Siti Hajar Md Hanif ,37, tentang ibu mentuanya menjadi tular di laman sosial hingga menerima hampir 700,000 tontonan.

Berkahwin dengan anak sulung keluarga campuran Cina dan India, Iskandar Chai Yoong Sang pada 2014, menurut Siti Hajar, ibu mentuanya datang dari Perak ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menyediakan sajian iftar dan sahur.

Kredit foto: Facebook Hajar Angelique

Baca juga: Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu

Baca  juga: Zakat fitrah jangan lupa, berikut kadar setiap negeri dan waktu pembayarannya

“Walaupun diri sendiri tak berpuasa, berbeza agama dan bangsa tapi siapkan makanan untuk orang berbuka.

“Ibu mentua selalu tanya nak makan apa. Kali ini dia datang dari Perak untuk masakkan kami makanan berbuka.

“Macam-macam kami request, semua ibu masakkan termasul Ayam Goreng Mamak resipi Khairul Aming ni. Tiga bangsa, tiga agama, satu keluarga. Food mestilah One Malaysia,” titip Hajar.

Kredit foto: Facebook Hajar Angelique

Tidak sekadar memasak, ibu mentuanya yang berbangsa India itu turut meluangkan masa menjaga cucu sementara Hajar dan suami bersahur, berbuka puasa dan solat.

Malah pada hari terakhir di Kuala Lumpur, wanita itu masih sempat menyediakan menu berbuka puasa.

“Alhamdulillah, rezeki dapat in-law yang baik dan understanding. Walaupun berbeza agama dan bangsa,” titipnya.

Kredit foto: Facebook Hajar Angelique

Baca juga: Kronologi kehilangan Akmal di Pulau Mawar, 2 bulan tiada pentunjuk, keluarga tawar ganjaran RM50,000 jika temui

Warga maya terinspirasi dengan perkongsian Siti Hajar dan memuji keikhlasan serta akhlak mulia ibu mentuanya. Rata-rata terharu melihat wanita itu memiliki keluarga mentua yang sangat baik meskipun berbeza agama dan bangsa.

– “Mentua limited edition.”

– “Hebat akhlak ibu mentua awak. Semoga sentiasa sejahtera hidupnya.”

– “Alhamdulillah rezeki dapat mentua yang baik sangat.”

Iklan

– “Ya ALLAH mengalir air mata tengok video sis. Untungnya sis dapat mentua sebaik ini, rezeki.”

– “Blessed your happy family.”

– “Syukur dilahirkan di Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum dan menghormati sama lain. Alhamdullilah semoga keluarga mereka semua diberikan kerahmatan.”

– “Alhamdulillah rezeki bertuah dapat mentua baik, beruntung awak sis. Semoga kekal bahagia.”

Tidak hanya bulan Ramadan, menurut Siti Hajar ibu mentuanya turut menjaganya semasa berpantang. Bertuah sungguh beliau dapat mak mentua yang baik dan penyayang biarpun berbeza agama dan bangsa, moga kisah ini menjadi inspirasi buat semua.

Iklan

Baca juga: Ibu hamil menangis mengidam makan roti buaya, mujur mak mentua sanggup buatkan

Baca juga: Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

Baca juga: ‘Terbaik di dunia’ Luahan Fasha Sandha buat mentua bikin ramai terharu

Sumber: Hajar Angelique

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.