Jumpa surat beranak asal selepas 61 tahun, mak cik baru tau nama sebenar Hapidah bukan Hadiah bikin dekah ramai

SURAT beranak merupakan bukti kelahiran yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Surat beranak juga dikenali sebagai sijil lahir yang merupakan dokumen penting dalam kehidupan seseorang untuk sebarang urusan terutama urusan pengajian dan urusan kerajaan.

Oleh itu, dokumen itu biasanya disimpan rapi di tempat selamat agar boleh digunakan pada bila-bila masa.

Namun lain yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mana menyimpan sijil lahirnya sejak bertahun lamanya sehingga terbongkar rahsia nama sebenarnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok iaitu @lylynrh, dapat dilihat suasana riuh beberapa individu di dalam sebuah rumah ketika berkumpul.

Difahamkan, pada awalnya mereka ingin mencari sesuatu namun terjumpa satu beg bimbit yang sudah 13 tahun tidak dibuka.

Namun alangkah terkejutnya, selepas membuka beg tersebut, mereka terjumpa surat beranak salah seorang mak cik yang digelar mak teh.

Baca juga Meya hanya mampu mengesot, anak penjual donut ini derita penyakit jarang jumpa di dunia

Apa yang mencuri perhatian ramai dan mengundang dekah apabila mak cik berkenaan selama ini ingatkan namanya adalah Hadiah, tetapi rupa-rupanya adalah Hapidah. Kini usianya sudah pun 61 tahun selepas mengetahuinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat mereka apatah lagi dengan mak cik berkenaan yang menyangka selama ini namanya ‘Hadiah’.

Ujar mereka;

“Terbongkar rahsia nama Hadiah, haha mesti pening dulu fikir nama acik tu kenapa hadiah.”

Iklan

“Dah 61 tahun jadi Hadiah, sekarang hadiah surprise.”

Baca juga 10 tahun dalam bidang akaun, Nor Anida nekad berhenti kerja & buka bisnes makanan online. Wanita ini kongsi rahsia

“Mak cik nak teruskan nama Hadiah ke Hapidah tuuu…”

“walau dah lebih 60 tahun nasib baik jumpa nama sebenar masa lahir. Kalau tak yang lain tak tau.”

Iklan

“Orang yang simpan semua dokumen akak tu be like: bukan akak je terkejut sekarang ni kami pon sama.”

Baik kalian semak kembali nama dalam sijil lahir kot ada juga tersilap macam ni…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.