Jurutera drama vs Jurutera realiti, Aeril Zafrel jadi bahan contoh warganet

SEMALAM, kecoh di laman Twitter apabila pelakon Aeril Zafrel memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya menunjukkan dia di sebuah tapak pembinaan.

Foto tersebut memaparkan Aeril lengkap berpakaian kemas watak seorang jurutera.

“Walaupun negara Malaysia panas. Daniel tetap berpakaian begini bila melawat site… Biasalah drama melayu. #terciptasatuikatan” tulisnya.

Lagi menambah kehangatan itu apabila seorang pengguna yang bernama Nazri @_NazriH turut memuat naik foto ketika dia bekerja di tapak pembinaan.

Iklan
Iklan

Dia hanya menunjukkan bagaimana realiti pemakaiannya yang juga seorang jurutera sewaktu menjalankan ‘site visit’.

Artikel berkaitan: Lelaki kongsi pertemuan petai gergasi XXXL, warganet bimbang dengan bau ‘dahsyat’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan Nazri dan ada juga yang menunjukkan pakaian masing-masing sewaktu kerja seorang jurutera.

Kata mereka;

Hahahah betullah tu. Hari tu cikgu aku buat lawatan kelas pergi site pastu aku mencari engineer datang pakai lengkap semua tu tapi takda huhu.

Site proper kita dressup proper kalau site biasa janji pakai boot je.

Engineer or not, but safety first.

Ni baru realiti… kekadang tak dapat nak beza mana engineer mana general worker… dressup lebih kurang je.

Betul. Hahahha reality tu betul sangat.

Biasa engineer banyak fikirkan kerja dia je. Yang penting safety boot wajib kena pakai.

Jadi, tidak kiralah bagaimana pemakaian seseorang jurutera itu, yang penting utamakan keselamatan dan bekerja dengan tekun dan rajin.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

7 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

21 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago