BAGAIMANA perasaan isteri apabila lelaki yang dikahwini rupa-rupanya berstatuskan anak emak?

Adakah mengundang lebih banyak dugaan berbanding kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga?

JAWAPAN:

Sebenarnya, lelaki yang rapat dengan ibu atau berstatus anak emak mempunyai karakter yang mana mereka lebih suka mengutamakan ibunya dalam apa juga keadaan.

Kalau diikutkan beberapa kes yang saya kendalikan, terdapat suami yang terlalu manja dengan emaknya sehinggakan mahu masakan si isteri sama rasa seperti air tangan ibu beliau.

Anak emak
Bersama Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Suzana Ghazali. Beliau diundang menjadi panel dalam program Borak Bibir Merah bagi mengupas tajuk Suami Anak Emak, Okey Ke?

Pendek kata, segala-galanya waima untuk membeli barangan rumah sekalipun.

Terdapat juga kes si anak walaupun jenis anak emak, namun dia mempunyai pendirian dan pandai membahagikan kasih sayang sama rata antara ibu dan isteri.

anak emak

Pada pandangan saya, tiada masalah jika si suami sebegitu kerana yang penting mereka tahu membezakan tanggungjawab sebagai seorang anak dan ketua keluarga.

Isu ini juga sebenarnya boleh jadi negatif atau positif bergantung kepada keadaan.

Secara peribadinya, sebagai seorang wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan berdepan situasi seperti rasa diabaikan atau hilang kasih sayang apabila anak sudah berkahwin nanti.

Baca juga Sakit hati asyik diperlekeh ibu mertua gara-gara masih menganggur, ini nasihat pakar kaunseling

Mungkin hal itu dialami oleh ibu mertua dan dia sedaya upaya mahu menarik semula perhatian anaknya sehingga menyebabkan si isteri rengsa dan tidak berpuas hati.

Saling memahami

Sebagai seorang isteri, kita perlu memahami keadaan tersebut dan berusahalah untuk mengambil hati ibu mertua. Kalau boleh, jadilah menantu yang disayangi.

Iklan

anak emak

Maaf cakap, kesilapan ramai wanita yang bersuamikan anak emak, mereka lebih suka memburuk-burukan ibu mertua depan suami. Pendekatan tersebut hanya akan menimbulkan konflik dalam hubungan suami isteri.

Para isteri perlu ingat, kedudukan mereka (ibu mertua) sama tarafnya seperti emak kandung sendiri. Berusahalah menjaga hati dan perasaan mereka.

Ibu mertua juga perlu berlapang dada dan menerima perubahan bahawa anaknya sudah berkahwin serta memiliki keluarga sendiri.

Nasihat saya, suami dan isteri perlu berkomunikasi dengan baik. Pada masa sama, si isteri perlu bijak menyampaikan mesej dengan cara yang berhemah, sesuai pada masa dan tempat.

Baca juga Suami halau isteri gara-gara masak lemak cili padi terlebih kuning, ini cerita peguam syarie

Iklan

anak emak

Satu perkara paling penting, semuanya bergantung kepada niat. Kalau boleh kita sebagai isteri bukan setakat mahu menarik perhatian suami semata-mata tetapi ‘menarik’ kasih ibu mertua sehingga ke syurga. Insya-ALLAH semuanya akan baik-baik sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan