BAGAIKAN menu penting, hidangan berasaskan daging senang dijumpai dalam kehidupan kita.

Lembu merupakan antara haiwan yang dagingnya sangat digemari ramai. Malah setiap kenduri kendara atau perayaan, pasti akan ada hidangan daging lembu ini.

Jika hendak dibandingkan dengan daging kerbau dan daging kambing, daging lembu biasanya terhidang dalam kebanyakan majlis mahupun di premis jualan makanan.

Setiap penjuru haiwan tersebut semuanya boleh dimakan. Daripada otak, lidah, mata, telur mahupun zakar.

Malah ada juga sesetengahnya yang suka dan minat dengan bahagian dalaman seperti hati, limpa, perut dan sebagainya.

Namun lain yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila berdepan detik menjijikkan ketika ingin menjamu juadah sup perut yang dibelinya.

Manakan tidaknya, sup perut yang dibelinya itu didakwa mengandungi ada najis lembu.

air kencing lembu

Menerusi perkongsian Annisa Fakrulradzi di Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang telah viral, didapati sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan.

“Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap. Jadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.

“Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut bulat penuh taik.

“Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen di bawah ambar-gambar yang dimuat naik di Facebook itu, warga maya turut menzahirkan rasa kecewa dan ada yang berkongsi pengalaman yang sama.

Ujar mereka;

“Terlalu jijik. Tak pernah lagi tengok isu macam ni di Malaysia ni.”

“Bungkus dan hantar semula kepada peniaga tu… suruh dia makan depan-depan. Bagitahu dia kan sedap dah panaskan pun sup tu.”

“Nauzubillahiminzalik. Menganiaya orang betullah!”

Iklan

“Mungkin dia tak sengaja… terlepas pandang masa basuh, benda banyak kan. Husnuzon, manusia tak sempurna.”

“Pelik… masa masak tak bau ke, kita rebus perut pun bau satu rumah, ni dengan sisa dalam perut lembu.”

“Salah satu sebab kenapa dah tak makan organ dalaman macam ni… dulu pernah makan percik perut ayam sekali ada taik… lepas tu memang berazam dan nekad sampai jumpa bumi kedua dalam multiverse pun tak akan makan dah.”

Sementara itu, ini cara mencuci perut lembu agar menjadi bersih dan putih;

1. Basuh terlebih dahulu perut lembu dengan air biasa.

2. Kemudian rendam perut lembu dalam cuka lebih kurang satu hingga dua jam. Lebih pun tak apa. Rendam dalam cuka sahaja ye. Jangan dicampurkan dengan air.

Iklan

3. Setelah dua jam, basuh atau gosok-gosok perut tersebut sehingga putih bersih. Siap. Bolehlah dimasak dengan pelbagai resipi yang disukai!

Jadi, berhati-hatilah makan juadah yang dibeli. Jika ingin puas hati, masak sendiri di rumah lebih yakin dan menjimatkan.

Sumber: Tip cuci perut lembu TikTok Ismi Shahirah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI