Khidmat ibu hantar 4 anak ke sekolah berakhir, maut kemalangan, ini kronologi kejadian

BERAKHIRLAH khidmat seorang ibu yang menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi.

Perjalanan seorang ibu untuk menghantar empat anaknya ke sekolah berakhir tragedi apabila dia terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Kejadian ngeri itu berlaku selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berikut kronologi kejadian;

1. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45, yang juga seorang suri rumah maut akibat parah di dada dan kaki.

2. Manakala anak mangsa, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di Kluang.

Baca juga 5 tragedi kemalangan terburuk menggemparkan negara, fakta nombor 2 memang mengerikan

 

3. Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

4. Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.

5. Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya, Muhammad Asyraff Putra mengalami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha kiri.

Iklan

6. Dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala serta kaki kiri dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Baca juga Kawal kemurungan, kemarahan dan kesunyian pesakit demensia. Teknik daripada hospital ini boleh bantu mereka

7. Pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

8.Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Salam takziah daripada SinarPlus, semoga keluarga ini tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!