SEMALAM heboh di laman sosial sebuah video berdurasi 2 minit 50 saat yang memaparkan dua wanita dan beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan menyelongkar timbunan sampah.

Rupa-rupanya mereka sedang mencari emas yang ‘terbuang’ bersama sampah di depoh syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) di Sik, Kedah.

Menurut sumber, ahli keluarga wanita itu dipercayai ‘membuang’ bekas yang menyimpan emas bernilai kira-kira RM70,000 itu bersama sampah-sampah lain di rumahnya.

Katanya, proses mencari barangan kemas itu bermula pada pukul 8 pagi dan ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian.

Alhamdulillah, kesemua barangan kemas tersebut masih tersimpan dalam kotak hijau yang ditemui itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu

Iklan

Justeru, hari ini syarikat E-Idaman menzahirkan kebanggaan dengan kakitangannya yang prihatin.

“E-Idaman amat berbangga dengan kakitangan yang prihatin, amanah, jujur dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Aksi prihatin beberapa petugas kutipan sisa pepejal yang segera memberi bantuan kepada individu yang tidak sengaja telah membuang sesuatu yang amat berharga pada wanita tersebut telah mendapat liputan dan penghargaan.

“Liputan meluas diberikan telah menjadikan anda wira yang didendangkan. Membantu sesama insan yang memerlukan. Tahniah!,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, kata kenyataan itu, kejadian seumpama itu sering berlaku.

Iklan

“Tahukah anda, kejadian seperti ini sering berlaku di kalangan kita malah ada yang terbuang wang ringgit dan barangan yang berharga.

“Lakukan pengasingan di punca secara berhemah bagi mengelakan pembaziran,” pesannya kepada orang ramai.

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya turut memuji tindakan pekerja pembersihan tersebut kerana sudi membantu wanita itu mencari kotak emasnya yang hilang dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai rezeki buat mak cik berkenaan.

Ujarnya;

“Thumb up untuk pekerja majlis, kalau tidak kerana sikap timbang rasa diorang rasanya susah juga nak dapat balik. Bukan semua mahu berhenti saja-saja siap punggah semua sampah. Terbaik!”

“Rezeki mak cik ni ada lagi dengan bantuan pekerja yang baik-baik ini.”

“ALLAH bagi peluang kedua. lepas ini kalau tak pakai kena bayar zakat emas.”

Baca juga Myvi kuning remuk teruk dirempuh lori laju, berikut perkembangan terkini pemandunya

“Basarnya… patutlah sanggu pergi korek balik sampah. Kalau tak jumpa tu mau setahun pun tak hilang lagi meroyan.”

“Dah tertulis rezeki dia kan so dapat balik. Kita memang simpan tempat selamat dah kan.”

“Rezeki mak cik itu jumpa balik. Kalau tak jumpa mau 7 hari 7 malam menangis tepi bucu katil.”