KREATIF! Seorang wanita berkarya dengan hanya menggunakan perisian komputer Microsoft Ecxel namun hasilkan kerja seni yang sangat wow.

Umum mengetahui, perisian Microsoft Excel biasanya lebih sinonim dengan data dan pengiraan.

Namun wanita dikenali Safarina ini berjaya membuktikan perisian itu juga boleh digunakan untuk berkarya digital. Fuh! memang kagumlah lihat hasilnya!

Kebiasaan grafik atau lukisan digital dilakukan menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Corel Draw dan sebagainya.

Rupa-rupanya dengan menjadikan seorang pak cik Jepun bernama Tatsuo Horiuchi insprasi, anak jati Perlis itu cuba melakukannya.

Baca juga Tanda lahir unik bentuk hati julang populariti Cinar Engin, 7 tahun masih kekal. 10 info penting perlu tahu

Kredit foto: Twitter @sfrnfzl_

Ujarnya pada portal tempatan, dia mula mengetahui tentang hasil seni menggunakan Excel selepas terbaca mengenai Tatsu0 H0riuchi.

Menerusi muat naik Safarina di media sosial Twitter miliknya, hasil seni yang diberi nama KTM Tasek Gelugor nyata membuatkan warga maya kagum.

Dalam pada itu, hasil seninya itu turut membuka mata ramai yang perisian tersebut bukan hanya untuk penyimpanan data mahupun pengiraan sahaja.

Ujar mereka;

“Wow awesome!”

“Ada buka kelas ke? Ajarlah saya.”

“Wow so great!”

“OMG talent!”

“Wow cantiknya! Tak terfikir boleh buat pakai Excel.”

Iklan

Namun untuk menghasilkannya, pasti tak semudah ABC kan!

Menurut Safarina, dia mula menggun4kan Microsoft Excel untuk menghasilkan kerja seni bermula tahun 2016 secara suka-suka.

Baca juga Abang sanggup berhenti sekolah bekerja sara keluarga, aksi gadis sarungkan jubah konvo undang sebak warga maya

Kredit foto: Twitter @sfrnfzl_

Pada mulanya dia menggunakan perisian perisian seperti Adobe Ilustrator dan Photoshop sebagai perisian utama untuk menghasilkan karya seni

Namun sejak bertukar laptop baru kerana yang lama rosak, dia mencuba gunakan Excel dahulu memandangkan perisian yang digunakan tiada.

Iklan

Pada mulanya hanya mencuba lama kelamaan bertukar menjadi hobi.

Tahniah anak muda!

Sumber: iammuslimnetwork, Twitter @sfrnfzl_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.