Pada penghujung 2015, Ankara, Turkiye seorang bayi bernama Inar dilahirkan. Baru sahaja menjengah dunia Inarsudah pun menjadi selebriti di dewan bersalin. Para jururawat tidak dapat menahan diri untuk melepaskan peluang bergambar dengan bayi yang unik itu.

Setiap anak dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Bagi pasangan Murat Engin, 37, dan Ceyda, 35, ia adalah anugerah yang terindah.

Baca juga: Bayi baru lahir kelihatan ‘tua’ daripada ibu, derita masalah genetik 1 dalam 4 juta

Cinar ketika baharu dilahirkan

Apabila bayi comel itu dilahirkan pada tahun 2015, berjuta-juta orang dari pelbagai pelosok dunia terpikat dengan keunikan tanda lahir berbentuk hati pada dahi Cinar.

Difahamkan dalam keluarga mereka tiada yang mempunyai tanda lahir seperti itu. Malah semasa si kecil itu dilahirkan, ibu bapanya terkejut dan menangis.

“Selepas jururawat membersihkan darah (pada bayi), saya adalah orang pertama yang melihat tanda lahir di kepalanya. Sukar untuk saya menahan air mata saya.

“Jururawat itu menjerit dan berkata ia menakjubkan. Bayi kami dikatakan sebagai ‘love baby’. Kemudian tiga lagi jururawat datang dan merakamkan beberapa swafoto.

“Apabila isteri saya melihat Cinar dan tanda lahirnya pada kali pertama, dia menangis. Ia seperti hadiah daripada Tuhan. Tiada seorang pun daripada kami mempunyai perasaan negatif. ujar bapanya, Murat kepada Daily Mail.

Baca juga: Selepas 50 tahun, bayi perempuan yang diculik pengasuh kembali ke pangkuan keluarga

Kini sudah berusia lima tahun, Cinar membesar dengan ceria. Perkembangannya dikongsikan menerusi laman sosial Instagram.

Tanda lahir tersebut masih jelas kelihatan pada dahi Cinar yang menyambut hari kelahirannya yang ketujuh. Sudah bersekolah, kanak-kanak itu membesar dengan sihat dan ceria.

Sebenarnya terdapat pelabagai jenis tanda lahir boleh terjadi kepada bayi baru lahir. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana ada sesetengahnya berbahaya!

Baca juga: Hidap penyakit ‘rare’ progeria, 1 dalam 4 juta, YouTuber Adalia Rose meninggal dunia pada usia 15 tahun

10 INFO TANDA LAHIR

1-Tanda lahir vascular adalah sakit kulit vascular yang wujud sejak lahir atau beberapa bulan selepas lahir. Biasanya ia akan hilang apabila bayi tersebut membesar.

2-Ibu bapa dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan dari jururawat atau doktor di klinik semasa melakukan lawatan ke klinik ketika minggu pertama usia bayi atau minggu ke enam selepas kelahiran.

3-Jenis pertama ialah ‘salmon patch’ yang mana ia berasal daripada salur darah kapilari kulit yang mengembang yang mana merupakan saki-baki corak salur darah bayi semasa di dalam kandungan.

4-Salmon patch berlaku pada 40 hingga 60 peratus bayi. Ia terdiri daripada tompokan berwarna merah muda pada bahagian belakang leher, dahi dan kelopak mata. Warnanya akan lebih terserlah apabila bayi menangis.

Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang dengan sendiri semasa bayi berumur setahun dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Tiada rawatan yang diperlukan.

5-Jenis kedua ialah hemangioma strawberi yang biasanya bermula dengan tanda merah yang samar-samar pada tubuh si kecil ketika berusia satu hingga empat minggu. Ia kemudian berubah menjadi merah cerah, timbul dan tidak rata seperti buah strawberi.. Ia akan berhenti membesar antara enam dan setahun usia bayi dan kemudian beransur-ansur mengecil dan akhirnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa tahun.

6-Hemangioma strawberi tidak memerlukan rawatan namun ibu bapa dan penjaga perlu mengelakkan kecederaan kepada bahagian hemangioma. Jika ia tumbuh menutup mata dan menghalang penglihatan, rawatan diperlukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan pada mata berkenaan. Doktor akan mennyarankan rawatan sesuai seperti rawatan laser, interferon, suntikan steroid atau memakan ubat steroid.

Baca juga: Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Kredit foto: Pexels

7-Jenis tanda lahir ketiga ialah Port Wain. Ia jarang berlaku iaitu kira-kira 0.1 hingga 0.3 peratus sahaja. Port Wain berlaku disebabkan kecacatan salur darah kapilari atau vena daripada lapisan kulit yang lebih dalam. Bayi boleh mengalaminya sejak lahir. Ia tompokan berwarna merah dan acap kali didapati pada sebahagian muka atau leher. Pun begitu ia juga boleh terjadi pada bahagian badan yang lain.

8-Jika tidak dirawat, tanda lahir Port Wain ini akan kekal seumur hidup. Seiring pertambahan usia, ia akan menjadi lebih tebal, bercorak dan berwarna gelap.

9-Selalunya rawatan yang disarankan untuk tanda lahir jenis ini ialah rawatan laser dengan bius yang biasanya dilakukan apabila kanak-kanak mampu memberikan berkerjasama. Rawatan interferon diberikan jika saluran darah yang terlibat adalah lebih dalam.

10-Bagaimanapun segera berjumpa doktor segera jika tanda lahir Port Wain mempunyai ciri berikut:

-Jika tanda tersebut melibatkan sebahagian besar dahi atau mata. Ia bagi mengesan ciri luar biasa pada otak di sebelah yang sama (sturge weber sundrome) dan mengesan ‘glaukoma’ agar rawatan awal dapat diberikan.

-Sekiranya Port Wain melibatkan sebahagian besar bahagian dada dan anggota kaki atau tangan kerana si kecil berisiko mengalami kecacatan pada pembuluh besar bagi sebelah anggota sama ada kaki atau tangan. Ia juga boleh menyebabkan anggota berkenaan membesar dengan lebih cepat kerana paras platelet menurun. Keadaan platelet yang rendah boleh meningkatkan risiko pendarahan (Klippel -Trenaunay-Weber syndrome).

Tanda lahir memang unik, namun ia juga boleh mengundang bahaya.

Justeru wanita peka akan keadaan anak kecil anda. Jangan abaikan tanda lahir pada tubuh mereka, bimbang jika ia memudaratkan.

Baca juga: Kencing kotor: Tiada petanda-petanda awal, lebih berbahaya terutama kepada ibu hamil

Sumber: Inspired Stories, Daily Mail, MyHealth KKM

Kreditfoto: Instagram lovebaby.cinar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi