Lost contact lepas telefon bimbit terkena air laut, ini kronologi nenek, anak, 2 cucu hilang di Pulau Perhentian akhirnya ditemui

A
A
A

[DIKEMAS KINI] TERPUTUS hubungan sejak 29 September lalu, berita seorang nenek, anak dan dua cucu hilang di Pulau Perhentian menjadi perhatian warga maya.

Masakan tidak, menurut keluarga, dikenali sebagai Ah Pek, ibu mentua, adik lelaki dan dua anaknya masih belum dapat dihubungi selepas bercuti di pulau berkenaan.

"Mungkin jarang saya ingin meminta bantuan, tetapi kali ni saya betul-betul perlukan pertolongan," ujarnya dalam hantaran di Facebook yang menerima 27,000 perkongsian.

Menurutnya, empat sekeluarga berkenaan telah menaiki kereta jenis Proton Saga BLM berwarna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW 6380.

"Last update Jumaat 29 September, lost contact sampai ke hari ini.

"Report polis sudah dibuat, mohon panjangkan sampai ke Terengganu.

"Mereka bercuti di Pulau perhentian dan parkir kereta di jeti Kuala Besut," titipnya.

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kes kehilangan empat beranak itu semalam.

1-Melalui kenyataan, Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Abdul Rozak Muhammad berkata empat sekeluarga itu iaitu ibu, adik lelaki dan dua anak pengadu, tidak dapat dihubungi sejak pagi 30 September lalu sehingga ke hari ini.

2-Hasil siasatan mendapati kesemua mangsa menginap di sebuah pusat peranginan dan telah mendaftar keluar pada Sabtu, 1 Oktober, 8.00 pagi.

2-Seorang saksi memaklumkan bahawa telefon bimbit ibu dan adik pengadu mengalami kerosakan akibat terkena air laut.

3-Manakala rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kenderaan digunakan mangsa dikesan bergerak keluar dari Pekan Kuala Besut menuju ke arah Jambatan Seberang Kastam pada pukul 10.06 pagi pada 1 Oktober.

4-Portal berita melaporkan kesemua mangsa telah pergi ke pulau peranginan itu pada 29 September dan menginap di Senja Bay Resort.

Baca juga: Purata 4 kanak-kanak hilang setiap hari, jangan dedah identiti anak di media sosial

5-Mereka didapati telah mendaftar keluar pada Sabtu, 1 Oktober, kira-kira jam 8 pagi.

6-Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu dan pengendali bot memaklumkan telefon ibu dan adik pengadu telah terkena air serta tidak dapat dihidupkan.

7-Mangsa juga mengatakan akan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah keluar dari pulau itu.

8-Kesemua mangsa menaiki kenderaan jenis Proton Saga BLM berwarna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380.

9-Tiga hari lalu, kira-kira jam 8 pagi, empat sekeluarga itu telah menaiki bot dan sampai ke jeti di kuala Besut sejam kemudian.

10-Bagaimanapun, sehingga kini kesemua mangsa masih gagal dihubungi.

11-Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Izzati Arina di talian 017-3792157 atau IPD Besut 09-6956222.

12-Polis turut menggesa orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih agar tidak mengganggu siasatan.

Dalam perkembangan terbaru, ahli keluarga mangsa memaklumkan semuanya telah dtemui.

Melafazkan kesyukuran, pemilik akaun Facebook Ah Pek mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga mereka ditemui.

"Alhamdulilah ibu mentua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.

"Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai," ujarnya.

"Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk menarik laporan yang bahawasanya kes sudah selesai.

"Tentang keadaan anak, sesampainya dirumah akan saya update. Tanpa bantuan anda siapalah saya.

"Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan.

"Semoga ALLAH membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulilah Syukur," titipnya.

Sumber: Facebook Ah Pek 1 2, Berita RTM,Buletin TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca