Madu Nurul Zahid meninggal, bertarung dengan barah tahap 4 sejak Ogos lalu

AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.
AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.
A
A
A

AL-FATIHAH. Isteri pertama Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini.

Perkara berikut disampaikan oleh anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu di laman Instagram miliknya awal pagi ini.

Tulisnya;

"INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN.

"Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi.

"Ingin memaklumkan Datin Bahazanariah Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap 4 sejak Ogos tahun ini.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya.

"Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin," doanya.

Menurutnya juga, jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Mukarramah BSD dan dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Salam takziah buat keluarga.

 

View this post on Instagram

 

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin. Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga Kakkkkkkk .. Allahuakbar ???

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca