'Mak adalah segala-galanya.' Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak!
'Mak adalah segala-galanya.' Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak!
MEMULIAKAN dan membahagiakan insan tersayang lebih-lebih lagi orang yang berkorban nyawa mengandung dan melahirkan kita tinggi pahalanya.
Demikian yang dilakukan pelakon, Fikry Ibrahim yang sanggup berbakti kepada ibunya, Bibi Zaleha
Beliau sebelum itu sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara beliau dalam melayani ibu tersayang.
Malah, Fikry juga kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja.
Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Pelakon Rahsia Hati Perempuan itu berkongsi luahan dalam menjaga wanita pengarang jantungnya.
Kata empunya diri, beliau rela tidak kahwin demi menjaga ibu.
Baca ni 'Pakai apa pun nampak buruk.' Wajah anak jadi mangsa hinaan netizen, Rizky Billar luah rasa terkilan
"Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.
"Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara. Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya," ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok.
RAPAT DENGAN IBU
Mengimbas momen sewaktu kecil, akui Fikry, ibunya dulu rajin membawanya keluar.
Biarpun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, sebaliknya hanya menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan .
"Sekarang ibu sakit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya. Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi.
"Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang," ungkap Fikry lagi.
ISTERI BUKAN 'HAMBA'
Mengulas mengenai jodoh dan perkahwinan, empunya diri tidak menafikan keinginan berkahwin tetap ada.
"Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan.
"Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.
"Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri 'hamba' kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu," ujar bekas hos program Dewi Remaja itu lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang