Mengucap kalimah syahadah, video call sebelum ‘ditidurkan’. Nurse kongsi kisah pilu perjalanan akhir pesakit Covid-19

VIRUS Covid-19 bukan sahaja memberikan kesan pada fizikal, malah turut mendera mental dan emosi.

Sehingga kini, dunia masih bergelut memerangi pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilaksanakan untuk memenangi peperangan ini.

Kerjasama diberikan seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pengorbanan petugas barisan hadapan dan petugas belakang tabir (backliners) berdepan wabak tersebut amat dihargai.

Kebelakangan ini, data klinikal menunjukkan beberapa faktor yang menyumbangkan pada peningkatan kadar kematian di Malaysia.
Iklan
Iklan

Antaranya lebih ramai pesakit kategori 3, 4 atau 5 ketika mendapatkan rawatan di hospital telah mempunyai komplikasi akibat jangkitan Covid-19 berbanding pada awal pandemik.

Malah, terdapat jangkitan virus yang lebih agresif dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan juga punca kematian semakin meningkat.

Keadaan ‘happy hypoxia’ yang mana mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak menyedari mengalami masalah kekurangan oksigen turut menyebabkan pertambahan jumlah kematian saban hari.

Lebih mengecewakan, terdapat pesakit yang tidak memaklumkan sejarah kontak rapat dan sejarah penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi sehingga memburukkan lagi keadaan.

Begitulah kisah pesakit Covid-19. Lain orang, lain cerita pilunya seperti mana yang dikongsikan seorang jururawat, Shahrin Sahbudin di laman sosial Facebook.

Perkongsian beliau tentang pesakit yang dijaga meninggal dunia ketika ‘ditidurkan’ menerima sebanyak 28,000 respon daripada warganet.

Shahrin berkongsi saat terakhir pesakitnya itu melalui beberapa prosedur sebelum dikomakan dan pernafasan bergantung kepada ventilator.

“Seorang pesakit Covid-19 yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan, kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call.

Apa yang menyedihkan, kata Shahrin momen berbual menerusi panggilan video itu adalah peluang terakhir buat keluarga dan pesakit berkomunikasi.

“Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga.

“Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit Covid-19 aku. Moga ditempatkan bersama para solihin.

“Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati itu pasti. Daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali,” kongsi Shahrin.

 

Untuk makluman semua, apabila pesakit Covid-19 berada pada tahap lima iaitu paling serius mereka memerlukan bantuan ventilator untuk bernafas.

Bagi tujuan itu pesakit akan melalui proses intubasi yang mana tiub dimasukkan ke dalam saluran trakea ke paru-paru.

Prosedur yang amat menyakitkan dan berkemungkinan pesakit akan ‘berlawan’ dengan mesin untuk bernafas.

Hal itu akan menyukarkan dan memberikan kesan teruk kepada paru-paru. Oleh sebab itu, pesakit akan dibius koma supaya relaks sepanjang menerima rawatan
.

Bahayanya virus Covid-19 sehingga ramai telah terkorban. Semoga kita dilindungi daripada virus Covid-19 ini.

Jangan lupa terus patuhi SOP sepanjang total lockdown fasa pertama ini. #kitajagakita

Kredit: Shahrin Sahbudin via KKM

Share
Azma ML

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

19 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago