KELINCAHANNYA di padang tidak dapat dinafikan sehingga berjaya merekod jaringan gol terbanyak pada era 1970-an , sekali gus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Allahyarham Datuk Mohamad Mokhtar Dahari terus dikenang sebagai legenda dalam arena bola sepak bukan sahaja di dalam negara, malah peringkat dunia.

Semalam, beliau yang dikenali dengan nama jolokan Supermokh disebut dalam ciapan Twitter pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA menyenaraikan 12 orang pemain handalan yang merekodkan jumlah jaringan gol terbanyak.

Baca juga Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Milik Khalid Jamlus, Dipamer Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Menerusi hantaran itu, pemain kelahiran Selangor tersebut dinamakan sebagai penjaring ketiga terbanyak dunia sebanyak 89 jaringan gol dalam sejarah FIFA.

Tempat pertama ialah Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo, Portugal yang mana masing-masing dengan 109 jaringan.

Selain itu, nama-nama legenda bola sepak lain termasuk Pele (77 jaringan) dan Lionel Messi (75 jaringan) turut direkodkan dengan masing-masing di kedudukan ketujuh dan kesembilan.

Mokhtar bermain untuk pasukan Selangor dari tahun 1972 hingga tahun 1987 dan mewakili Malaysia antara tahun 1972 hingga 1985.

Iklan

Jaringan 89 gol itu yang disumbangkan beliau menerusi 142 perlawanan antarabangsa.

Prestasi membanggakan itu menyumbang pada peningkatan kedudukan pasukan negara hingga ke tangga 61 dunia.

Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 akibat penyakit neuron motor.

Iklan

Beliau bersara pada Mei 1986 selepas memenangi Piala Malaysia untuk Selangor FA. Bagaimanapun, menarik balik persaraan pada bulan Januari 1987 untuk bermain satu lagi musim bagi pasukan Selangor.

Sumber: FIFA

Foto: goal.com, Wikipedia