KEADAAN pantai Port Dickson, Negeri Sembilan yang dikatakan semakin bersih akibat kurangnya kunjungan manusia sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan keterujaan orang ramai.

Pastinya kerana kurangnya orang ramai sekali gus kurangnya pembuangan sampah dan aktiviti, air laut di situ tidak disangka semakin jernih sejak PPK, pantainya pula pula kembali putih bersih.

Pendek kata kurangnya pencemaran. Maka hidupan laut yang sebelum ini tidak pernah kelihatan, seperti dolfin yang lazimnya tidak pernah muncul di pantai tersebut menjengahkan diri.

Pada 6 Mei lalu, pelayar Facebook bernama Zairul Khalil berkongsi akan ‘penampakan’ empat ekor dolfin atau ikan lumba-lumba di Pantai Port Dickson

Tidak kurang yang melaporkan, ‘penemuan’  118 biji penyu di pantai PD awal Mei lalu.

Nampak benar haiwan berkenaan hanya berani memunculkan diri tanpa kelibat manusia. Lebih bagus, pantai PD pun lebih bersih dan suci.

Namun begitu benarlah manusia juga makhluk yang tidak bersyukur. Sudah diberikan anugerah alam yang bersih, mereka jualah yang kembali mengotori dan mencemarkannya.

Baru beberapa hari pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan orang ramai keluar ‘bertebaran’, habis kawasan pantai PD kembali dicemari dengan pembuangan sampah merata-rata di gigi pantai dan pondok wakaf.

Itu seperti yang dikongsikan gambar oleh @aziziDKS yang ditularkan page FB Negeri Sembilan Kini. Ini antara kapsyen nya:

Baru 3 hari PKPP ini hasilnya

Buatlah macam mana pun. Manusia memang sukar dapat diubah. Nak kata pelancong asing? Tak mungkin. Ni orang Malaysia sendiri!!

Dari mula-mula PKP, PKPD & PKPB pantai ni bersih, indah serta segar. Namun sekarang bila masuk fasa PKPP dah boleh lepak kat pantai & ini la hasilnya.

Kau jangan mimpi penyu nak datang bertelur dolfin nak datang yang akan datang mungkin khinzir!!!

Lokasi: Pantai Port Dickson

Perkongsian itu menyedihkan ramai pencinta alam. Tidak kurang yang mengecam sikap orang ramai yang tidak tahu menjaga kebersihan kawasan perkelahan tersebut dengan membuang sampah merata-rata.

Iklan

Antara komen warganet:

sepatutnya jenuis manusia mcm ni lebih baik mati kena covidd19

Kena jadi tempat larangan kalau tempat penyu telor

Lebih teruk dari binatang..peace no war.

Iklan

tangan kera..dulu sungai yg kotor gila,, sekrg sungai tu dah jd bersih,, sbb manusia kena kurung dlm rumah.. bila dah boleh keluar dah,, nk jd mcm dulu balik ke… kesian kt alam flora dan fauna

Orng mcm ne  mesti rumah dia tak bersih juga.sbab tu dia buat mcm tu buang sampah merata2.

sikap yg mcm lah yg menjadi contoh pada masyarakat luar, Kallau boleh org mcm tahi dia sendiri pun nak suruh org lain korek lobang  utk dia berak

Sedih kan sikap begini? Bilalah rakyat Malaysia nak berubah. -AG #JanganPutusAsaMalaysia