Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. 'Saya tidak pernah berdendam'

A
A
A

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam ingatan Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 22. Malah kerana sejak itu juga muka dan mata tercedera tidak lagi seperti dahulu.

Luluhnya hati mendengar kisah anak muda ini. Impak kejadian yang hanya beberapa saat mengakibatkan kecacatan pada wajah yang sehingga ke hari ini masih dirawat oleh pakar pembedahan plastik di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Peristiwa hitam itu bermula apabila berlaku pertengkaran antara ibu dan bapanya tersebut berlaku di ruang tamu.

Ketika itu Nurul Dahyatul Fazlinda bersama tiga adik-beradik yang lain berada di dalam bilik tidur.

Baca juga: Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

Baca juga: Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

Ujarnya, perkara itu berlaku sekelip mata apabila beliau dan adik lelakinya, Mohd Irfan, yang kini berusia 16 tahun, cuba menjenguk untuk melihat keadaan ibu serta bapa mereka.

Lebih menyedihkan, apabila beliau tidak mengetahui bahawa bapanya membawa pulang sebungkus plastik berisi cecair yang dicampurkan dengan minyak enjin motosikal.

“Masa mereka bergaduh, kami ada di dalam bilik tetapi saya dan adik cuba menjenguk. Ayah pegang satu bungkusan plastik yang ada cecair di dalamnya.

“Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin,” ujarnya.

Baca juga: Dengki, busuk hati, rupanya kedai pernah dibakar sebelum peniaga roti nan disimbah asid, berikut kronologi kejadian

baca juga: 2 beradik melecur singki meletup dipercayai angkara asid diguna jiran, 8 info wajib tahu sebelum guna

Akibat kejadian itu, dia mengalami cedera parah pada bahagian muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan dan ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang turut mengalami kecederaan.

Biarpun perit merasai kesakitan akibat asid dan tekanan dari segi emosi susulan kecederaan, gadis tabah berhati mulia itu berdamai dengan takdir. Nurul Dahyatul Fazlinda tetap mengekalkan hubungan baik dengan bapa kandungnya.

“Saya tidak pernah pun berdendam dengan ayah. Selepas kejadian itu, mereka bercerai dan kami adik-beradik duduk dengan mak.

“Ayah dipenjarakan disebabkan isu ini dan dibebaskan pada 2017. Waktu cuti sekolah dulu memang kami akan balik ke rumah ayah,” katanya.

Baca juga: 'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

Baca juga: Cara lihat tahap asid atau alkali tanah tanpa alat pengukur pH, hanya guna kunyit hidup!

 

Ditanya mengenai keadaannya yang terkini, Nurul Dahyatul Fazlida memaklumkan dirinya semakin pulih dari segi mental dan fizikal walaupun masih kurang keyakinan untuk berjumpa dengan orang lain. Biarpun memeritkan, beliau tidak putus asa.

“Rawatan saya terima ini melibatkan pengisian lemak di hidung sebanyak empat kali supaya pembedahan plastik di hidung nanti berjalan lancar.

“Saya sukar bernafas sekiranya tengah demam atau selesema yang teruk,” jawabnya ringkas.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh dibuat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1150041000040457 atas nama Nurul Dahyatul Fazlinda bagi meringankan beban terutama kos rawatan dan perjalanan yang terpaksa ditanggung untuk ke Kuala Lumpur dari Terengganu.

Baca juga: Maafkan musuh, orang sakitkan hati sebelum tidur, rakan dedah amalan Allahyarham Salahuddin Ayub

Sumber: Sinar Harian (Qurraitul Aina Quddus)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca