SESIAPA pun pasti akan tersentuh dan menitiskan air mata mendengarkan kisah pemergian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menggemparkan negara empat tahun lalu
Dalam kes dikaitkan dengan pembulian itu, tubuh Zulfarhan didapati cedera terbakar, terseksa ke akhir nyawa sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017.
Kematian anak sulung kepada pasangan Zulkarnain Idros dan Hawa Osman itu akhirnya terbela apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.
Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
12 tertuduh pula ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Sejak awal kes menjadi tular, masyarakat menyifatkan ia terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal yang waras serta menggesa pihak polis memburu suspek.
Bagaimana ia berlaku? Berikut kronologi kes pembunuhan Zulfarhan yang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.
Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya.
Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.
Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelaar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.
Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di Sebiah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dia suspek yang membulinya.
Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.
Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.
Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.
Walau bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.
Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.
Perbicanaan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru.
Saksi terlibat memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.
Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.
Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir ses pendakwaan.
Pertuduhan terhadap enam tertuuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Manakala baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Susulan daripada itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.
Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan membela diri.
Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.
Pembelaan menutup kes.
Penghujahan akhir kes pembelaan.
Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.
Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Manakala 12 tertuduh pula ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah selepas mahkamah kembali bersidang sebentar tadi. Tambah Hakim, hukuman terhadap kesemua tertuduh berjalan bermula dari tarikh penangkapan dibuat.
Kes menyayat hati ini menyaksikan betapa rakan baik sendiri tergamak melakukan perbuatan buli yang kejam.
Tubuh Allahyarham mengalami kesan lecur teruk, malah dikatakan ditekap lebih 90 kali menggunakan seterika!
Tidak dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggungnya, malah pemergiannya dalam keadaan yang menyedihkan.
Semoga kita mengambil iktibar daripada kes ini. Katakan tidak kepada buli! Salam takziah buat keluarga Allahyarham, Al-Fatihah.
Baca juga: Suami Isteri Marah Pengawal Keselamatan Kerana Tak Bantu Jagakan Anak Raih Perhatian Warganet
Sumber: Astro Awani, Bernama
BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…
BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…
TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…
SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…
PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…
PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…