Pemilik pitbull serang wanita hingga parah kena denda hanya RM2,000, ini komen Animal Malaysia

SETELAH seorang wanita cedera parah akibat diserang anjing jenis pitbull dalam kejadian di Taman Tanjung Minyak Melaka, akhirnya pemilik haiwan berkenaan sudahpun dikenakan hukuman.

Setelah hampir sebulan dikecam warganet kerana gagal menjaga haiwan peliharaannya itu hingga terlepas dan mencederakan mangsa, pemilik anjing terbabit, Liew Sea Hai, akhirnya dituduh bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pagi semalam.

Dia mengaku bersalah dan Majistret menjatuhkan hukuman denda maksima sebanyak RM2,000, setelah dengan cuai menyebabkan haiwan peliharaannya itu mencederakan Purba Evita Kristina, 23.

Kejadian berlaku di hadapan rumah Nombor 5, Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini kira-kira jam 9.30 malam pada 27 Julai lalu, berdasarkan pertuduhan yang dibacakan.

Iklan
Iklan

Begitupun sebagai badan bukan kerajaan yang dekat menjaga kebajikan haiwan dan masyarakat di sekeliling makhluk itu, ini komen Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association atau Animal Malaysia:

“LIEW SEA HAI, PEMILIK PITBULL MENGAKU BERSALAH. KENA RM2,000 SAJA. INI TIDAK ADIL. ANIMAL MALAYSIA AKAN BUAT RAYUAN. JOM RAMAI-RAMAI BANTU.

Seksyen 289 Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang lemah. Majistret tiada pilihan. Bukan tanggungjawab Majistret. Ia adalah tanggungjawab kerajaan. Membina undang-undang tegas dan mendidik adalah tanggungjawab kerajaan.

Untuk membolehkan Animal Malaysia buat kerja – Merayu Hukuman lebih tinggi dan memulakan gerak kerja meminda Seksyen 289 KK bagi jenayah cuai menjaga haiwan, mari sama-sama keluar kos. Mencari dan mencipta kebahagiaan tiada yang percuma dan Animal Malaysia perlu pembiayaan,” kongsi Animal Malaysia di laman Facebook rasminya, susulan hukuman dikenakan.

Artikel berkaitan: Anjing pitbull serang wanita hingga parah sudah ditangkap, tapi ramai pula yang kasihan…

Wanita trauma jadi mangsa serangan anjing dilawati, tabung bantuan dilancar

[VIDEO] Abang Kucing cari wanita parah diserang anjing, pemilik turut dijejaki

Rupanya, mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, hukuman boleh dikenakan dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan ya…

Semasa pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Sea Hai, 43, yang bekerja sebagai nelayan dah memang mengaku bersalah.

Peguamnya pula, Surendran Chelvarajah, memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana menyesali kejadian terbabit.

Katanya, anjing OKS (orang kena saman) juga sudah dirantai, tetapi kecuaiannya pada hari kejadian adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.

“Ketika kejadian, rantai besi yang mengikat anjing terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah disewanya,” katanya. Pulak…

Begitupun, Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, memohon hukuman berat kerana kes berkenaan sudah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Mohamad Izwan kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000, manakala penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Apa nasib anjing tu?

Mahkamah mengarahkan anjing terbabit diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk tindakan susulan.

Terdahulu mangsa yang terpaksa menggunakan tangannya untuk mempertahankan diri daripada terus diserang haiwan terbabit yang menggigitnya cedera parah terpaksa dirawat di hospital.

Wanita terbabit mengalami kecederaan di tangan dan kaki. -AG

Pihak Animal Malaysia ketika melawat mangsa di hospital.
Share
Azimah

 

Published by
Azimah

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

9 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

23 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago