Penat harung jem 18 jam, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu, wajah lelaki ini seiras Jalil Hamid jadi perhatian

MENJELANG Syawal, ramai yang pulang ke kampung di seluruh pelosok negara untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Bagi mereka yang pergi dan balik ke Pantai Timur selama berbelas jam sudah rutin saban tahun.

Kesesakan jalan raya dek jumlah kenderaan yang bertambah di lebuh raya membuatkan perjalanan sehala boleh mencecah sehingga 20 jam!

Baca juga: Gara-gara leher dikunci anak dengan ‘lock’ basikal, wanita panik ke balai polis mohon bantuan

Baca juga: Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Kredit: Bernama

Namun nasib seorang lelaki ini sungguh meruntun hati. Sudahlah menempuh perjalanan selama 18 jam memandu dari Kuala Terengganu,Terengganu ke Kuala Lumpur, kesilapannya tertinggal kunci rumah di kampung halaman menyebabkan beliau tidak boleh memasuki kediaman.

Iklan
Iklan

“Jasad baru sampai di Kuala Lumpur selepas 18 jam memandu, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu,” titipnya dikenali sebagai Pokdi.

Hanya mampu termenung, sambil meneguk minuman lelaki menerusi akaun @ceokuterer itu pasrah.

Baca juga: Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

baca juga: Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

Hantaran video berdurasi 17 saat itu menerima 1.1 juta tontonan. Biarpun aksinya melucukan, warga mata meluahkan rasa simpati dan mengutarakan pelbagai idea agar kunci berkenaan diperolehi semula tanpa kembali ke sana.

Malah, tidak kurang yang mengatakan wajah lelaki itu seiras dengan aktor senior, Jalil Hamid. Justeru ramai yang memanggilnya dengan nama pelakon itu menerusi ruangan komen. Ujar mereka:

– “Minta orang kampung pos guna bas. Malam bas berjalan, pagi esok insya-ALLAH sampai.”

– “Tak mengapalah abang boleh juga pos pakai kurier. Abang lepak di masjid dahulu sehari tunggu kunci sampai.”

– “Kami dari Sabah turut bersimpati, semoga dipermudahkan.”

– “Sabarlah Abang Jalil Hamid, nanti duplicate kunci.”

Bahkan, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berhadapan dengan situasi serupa.

– “Saya pernah kena, balik raya naik bas. Sampai rumah baru sedar kunci tertinggal di kampung. Nasib baik ada kunci pendua dalam peti surat.”

– “Pakcik dan Makcik saya balik asing. Makcik saya balik dari Johor Bahru naik bas sebab cuti sudah habis, Pakcik saya balik lambat dengan kereta sebab kerja sendiri dan boleh cuti lama. Bas sudah bergerak baru Makcik teringat kunci rumah bawa satu sahaja, ada dengan Pakcik.”

Aduhai, pelbagai cerita selepas pulang berhari raya. Semoga dipermudah urusan semua!

Sumber: TikTok @ceokuterer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Manisnya! Buat ‘soft cookies’ guna resipi Mak Ina, boleh kawal sendiri gula. Makan celup susu memang ngam

RAKYAT Malaysia ni kalau bab makan mesti pantang, pantang tak cuba! Mesti nak rasa je…

46 mins ago

Tak kisah suami hadiahkan kereta second hand & mengaku tiada lesen, Atikah Suhaime dipuji simple & humble!

KETERUJAAN pelakon Datin Atikah Suhaime jelas terpancar di wajahnya apabila sang suami, Datuk Lokman Teh…

2 hours ago

‘Tahniah sayang.’ Rahim Sepahtu rai hari konvokesyen isteri, Kolin Abdullah tamat pengajian

PELAWAK dan penyampai radio, Rahim Sepahtu meraikan hari bahagia isterinya, Norazlin yang berjaya menamatkan pengajian.…

3 hours ago

‘Kalau tidur, muka menghadap kaki orang sabarlah.’ Pemuda ini kongsikan tip menarik persediaan awal ke Tanah Suci

TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk…

4 hours ago

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

11 hours ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

18 hours ago