Pengusaha dobi dedah identiti pelanggan selalu cuci karpet, sejadah. Rupa-rupanya dari rumah Perdana Menteri

A
A
A

Pengusaha dobi dedah identiti pelanggan selalu cuci karpet, sejadah. Rupa-rupanya dari rumah Perdana Menteri

TUAH ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Demikian juga dengan pemilik sebuah kedai dobi yang selama ini tidak menyangka beliau berurusan dengan keluarga orang nombor satu negara.

Keterujaan itu diterjemahkan menerusi penulisannya dalam laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Baca ni 'Saya bangga dan sayang ayah.' Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Jelas Siti Subaiyah Shahudin yang juga pengusaha Dobi Harum yang terletak di Bangi Selangor, beliau sebelum itu sudah beberapa kali mengambil job untuk mencuci karpet, sejadah dan sebagainya dari kediaman tersebut.

Pun begitu, beliau tidak menyangka rupa-rupanya itu adalah kediaman milik Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Patutlah apabila tengok rumah di Sungai Long ini rasa macam familiar. Sudah beberapa kali mereka hantar cuci karpet sejadah bergulung-gulung dengan kami rupanya.

"Disebabkan tak kenal pemilik rumah, saya syak mesti tuan rumah ni selalu jemput budak-budak tahfiz solat sekali atau beliau ada buat aktiviti kebajikan. Hari ini mereka hantar beberapa gulung karpet, sejadah lagi untuk dicuci," kongsi Siti Subaiyah.

Pun demikian, identiti pemilik kediaman tersebut terbongkar selepas rumah itu menjadi tumpuan pihak media ekoran Pilihan Raya UMum ke-15 (PRU15) yang berlangsung baru-baru ini.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

"Hari ini barulah saya tahu siapa pemilik rumah. Terima kasih kerana sudi jadi pelanggan kami. Semoga pemilik rumah ini dirahmati ALLAH dan dipermudahkan menggalas tugas-tugas baharu," tulis wanita itu lagi.

Perkongsian Siti Subaiyah meraih perhatian ramai. Rata-rata kagum dan memuji rezeki yang diperoleh pemilik dobi berkenaan.

Berikut dikongsikan beberapa komen daripada warga maya:

"Wah. Hebat kak Su. Pelanggan bukan calang-calang."

"Tahniah. Jadi kenangan sangat ni. Dapat beri khidmat kepada pemimpin utama negara."

"Alhamdulillah. Terbaik sis. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan bisnes. Insya-ALLAH amin."

"Setiap malam Jumaat ada majlis bacaan yasin dan halaqah di rumah beliau."

Sumber: Facebook Siti Subaiyah Shahudin

SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca