DURIAN ialah buah daripada spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”.

Durian ialah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Pokok durian biasanya bersaiz besar dengan ketinggian 25 hingga 50 meter iaitu kira-kira 80 hingga 164 kaki mengikut spesies.

Daunnya malar hijau manakala bunganya terhasil dalam gugusan tiga hingga tiga puluh di dahan besar dan juga batang.

Durian boleh berbunga dan berbuah hingga dua kali setahun, bergantung kepada spesies, kultivar dan lokasi.

Pokok durian akan mula berbuah selepas mencecah usia empat hingga lima tahun. Buahnya boleh tergantung dari sebarang cabang, dan akan masak kira-kira tiga bulan selepas pendebungaan.

Saiz buah durian boleh mencapai 30 cm panjang, 15 cm garis pusat dan seberat satu hingga tiga kilogram bagi sebiji.

Justeru, ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan parah yang membawa kepada kematian.

Pokok durian gergasi di Taiping

Perkongsian daripada pemilik akaun laman sosial Facebook dikenali sebagai Landenva Ulan menarik perhatian warganet.

Pokok durian miliknya bersaiz gergasi tumbuh di Taiping, Perak ini.

 

“Inilah pokok durian peninggalan arwah emak dan ayah saya. Pokok paling besar, buah kulit hijau.

“Isi alhamdulillah, gred kampung pun terbaik,’’ kata pemiliknya.

Pokok berkenaan berumur pokok lebih kurang 62 tahun sama umur abang pemilik yang ketiga. Katanya orang dulu-dulu akan menanam pokok selepas melahirkan anak sebagai tanda kenangan.

Menariknya, kata pemilik di antara pokok durian yang mempunyai usia yang sama, pokok berkenaan dikatakan paling besar.

“Pokok ini saja yg membesar macam ni. Pokok lain yang lebih kurang usianya kecil sahaja, macam pokok yang lain,”tulisnya.

Pemilik pokok berkenaan turut memaklumkan pokok tersebut tumbuh di atas tanah jenis gambut.

Berkongsi gambar beberapa ulas durian tersebut, ternyata ia sangat elok. Isinya berwarna kuning, dikatakan lemak dan berkrim.

Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Iklan

 

Walau pun durian daripada pokok berkenaan mempunyai kualiti terbaik bagi kategori durian kampung, pemilik tidak menjualnya di pasaran terbuka sebaliknya menerusi tempahan.

“Kami tidak jual di luar. Orang yang booking pun ramai tidak dapat lagi. Permintaan melebihi penawaran.

“Harga di Taiping dalam RM15 sekilogram. Kami jual RM12 sekilogram. Menjual sambil bersedekah,” tulisnya.

 

 

Iklan

Rata-rata warga maya kagum dengan pokok berkenaan yang berusia lebih 60 tahun dan rendang.

Malah isinya yang kelihatan menyelerakan membuatkan ramai tertarik untuk membeli.

“Comel pokok durian dia macam bentuk pokok bonsai.”

“Cantik pokoknya. First time tengok pokok durian macam ni. Pasti isinya sedap.”

“Rare pokoknya.”

“Ini pokok rare, boleh letak di muzium.”

Sumber: Landenva Ulan via Pertanian Satu Perniagaan