RAS Adiba atau nama sebenarnya Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, lahir pada 27 Julai 1968 ialah seorang ahli politik, aktivis masyarakat dan bekas penyampai berita Malaysia.

Sepanjang perjalan dalam kariernya sebagai personaliti televisyen, pelbagai kejayaan diperolehinya.

Terbaharu, beliau dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Pusat Serantau Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dalam bidang Pendidikan Khas (SEAMEO SEN).

Pengiktirafan itu diberikan pada Mesyuarat Lembaga Pengelola SEAMEO SEN ke-10 semalam, yang menyediakan pembangunan pendidikan untuk pihak yang bergiat secara langsung dalam pendidikan khas di rantau Asia Tenggara.

Ras Adiba, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkata pelantikan itu adalah satu penghormatan kepada beliau dan komuniti orang kurang upaya di negara ini.

“Saya sebenarnya begitu terharu dan tidak sangka dengan pelantikan ini. Ia satu penghormatan yang besar buat diri saya. Saya harap dengan pelantikan ini, negara kita dapat bersama-sama dengan negara Asia Tenggara yang lain bersatu memastikan tiada diskriminasi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Meraikan SEAMEO SEN di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah SEAMEO SEN Malaysia, Dr Hanani Harun Rasit dan Pengarah Sekretariat SEAMEO Dr Erthel Agnes Pascua-Valenzuela.

Ras Adiba juga berkata, antara yang diperjuang oleh beliau bersama SEAMEO SEN termasuk aspek pembelajaran sekolah dengan ibu bapa dan guru dapat diberikan sokongan sepenuhnya.

“Kita sudah di tahun 2022 dan seharusnya bergerak ke hadapan untuk memastikan kualiti pembelajaran anak-anak istimewa ini berada di tahap yang terbaik,” katanya.

Ujar beliau, pelantikan itu juga akan memberi peluang yang lebih besar kepadanya untuk memahami keperluan kanak-kanak berkeperluan khas terutama dalam pendidikan.

“Saya sendiri mempunyai anak autisme dan masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memahami dan menyokong dia termasuklah rakan-rakannya yang lain.

“Tentu sekali ia sesuatu yang sedikit sensitif buat diri saya kerana saya masih cuba untuk belajar memahaminya kerana dia berada di dalam dunia yang berbeza dengan kita dari segi pemikiran, kemahuan dan kehendak,” katanya.

Baca juga ‘Usah ajuk kami kifarah itu benar’, Ras Adiba marah, kecewa OKU dipersenda

ras adiba

Sementara itu, ini 10 fakta menarik berkaitan Ras Adiba;

1. Beliau pernah pernah berkhidmat di TV3 dan ntv7 sebagai wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan.

2. Beliau juga merupakan salah seorang penembak paralimpik Malaysia.

Iklan

3. Ras Adiba ialah seorang wartawan siaran, pembaca berita, penyampai, penyair, penyanyi lagu puisi, pengarah dan penerbit.

4. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 20 Mei 2020 bagi mewakili orang kurang upaya.

5. Pada 23 November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi Bernama, menggantikan Suhaimi Sulaiman yang meletakkan jawatan pada 6 Ogos. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi Bernama dalam sejarah 53 tahun penubuhannya.

6. Ras Adiba pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records, ketika berjaya menolak kerusi rodanya dari Johor Bahru ke Putrajaya. Ini dilakukan dalam 10 hari dengan jarak 490km.

7. Beliau mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan paralimpik seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan sukan menembak.

8. Ras Adiba mewakili negara di beberapa pertandingan peringkat antarabangsa dalam sukan menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.

Iklan

Baca juga Senator Ras Adiba bela nasib, ‘suara’ golongan OKU

9. Kondisi bekas personaliti TV3 itu mula merosot selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1996 sehingga terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang. Kemudian, beliau disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2002.

10. Ras Adiba mempunyai dua orang anak iaitu Umar Ras Engel Abdullah dan Amaar Raj Abdullah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.