KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman (Nadir) menyatakan dirinya okey dan tiada apa perlu dibimbangkan.

“Rilek guys, saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah,” ujarnya seolah-olah menjawab persoalan yang ditujukan.

Menerusi satu perkongsian Instastory, Nadir memaklumkan bahawa semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai rekod hitam putih.

Justeru, tidak menjadi masalah untuk berkongsikan jika memerlukan beliau berbuat demikian.

“Cuma sehari dua ini nak kena settle projek yang ini dulu,” coretnya ringkas.

Dalam perkongsian itu Nadir turut memaparkan gambar seorang lelaki bersebelahan daging lembu yang bergantung dipercayai sedang melakukan ibadah korban di Gaza, Palestin.

Walaupun dalam hantaran itu tidak menyebut nama sesiapa, tetapi ia seolah-olah memberi bayangan menjawab soalan diajukan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Ini disebabkan pada sidang akhbar secara live baru-baru ini Ebit meminta Nadir mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Iklan

ebit nadir

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana. Dalam live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan berjumlah RM20 juta. Jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan NGO di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20juta, ada resit ada bukti?” katanya.

Ebit juga menjelaskan menerusi sesi live terbabit bahawa menggunakan wang sendiri untuk perbelanjaan melunaskan misi kemanusiaan di sana.

Iklan

Baca juga Nama terkait dengan Ebit Lew, PU Riz buka mulut

“Sebenarnya saya guna duit sendiri, tak pernah nak buka tabung untuk Gaza, saya ulang sekali lagi, saya pergi ke sana guna duit sendiri. Saya tak pakai duit sesiapa.

“Saya sebenarnya tak campur urusan lain, kini terpaksa campur. Nak tanya mana pergi duit berkenaan, ada resit atau tak. Semua bukti tentang duit saya, saya dah berikan pada polis,” ujarnya.

Terdahulu, isu perselisihan faham antara penyanyi rap, Caprice, Ebit dan Nadir menjadi perhatian ramai melibatkan misi kemanusiaan di Gaza Palestine.