Rita Rudaini bawa anak-anak jumpa Tun Mahathir, terima nasihat berharga. 'Orang & aura hebat, kenangan tidak lupa sampai bila-bila'

A
A
A

BERTUAHNYA pelakon Rita Rudaini dan anak-anak sempat bersemuka dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi video yang dikongsikan, aktres 48 tahun itu bersama dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna berkunjung ke pejabat negarawan disegani itu.

Rita dilihat sempat duduk berbual dan berbincang dengan tokoh berusia 98 tahun itu.

Anak kelahiran Perlis itu menerusi laman sosial berkongsi detik manis bersua dengan negarawan ulung yang disegani.

"Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

"Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu kepada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami ketika melangkah masuk dan bersua muka. Orang hebat, auranya pun hebat," kongsi ibu kepada dua putera itu lagi.

Dalam pada itu, Tun M sempat menitipkan nasihat buat anak sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin.

Baca juga: Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. '3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy'

Baca juga: Pantau anak 24 jam, jangan benarkan ‘outing’ tanpa ibu bapa - Rita Rudaini

Baca juga: 'Sayu mommy tengok. Inilah hadiah ALLAH nak bagi.' Rita Rudaini throwback anak sulung menghafal surah undang sebak!

"Saya ucapkan moga cemerlang. Untuk itu kena rajin membaca, bekerja dan segala-galanya.

"Insya-ALLAH akan mendapat kecemerlangan dan hidup yang lebih sempurna," katanya.

Dalam pertemuan itu, Rita sempat menyampaikan cenderahati kepada Tun Mahathir atas peluang yang berharga.

"Saya doakan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi ALLAH SWT.

"Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tidak bersembang, banyak lagi soalan yang hendak ditanya.

"Rayyan dan Arjuna teruja sungguh berjumpa negarawan," titip beliau.

Warga maya menitipkan ucapan tahniah dan bangga buat pelakon drama Racun Rihanna kerana berjaya bertemu Tun M.

"Wahai wanita kalau mencari idola, carilah yang seperti Rita. Tetap pendirian dan tidak pernah berhenti berjuang demi anaknya agar membesar dengan baik. Penuh inspirasi, tahniah Rita.

"Tun M berikan anak-anak Rita kata-kata yang bernas sebab Tun tengok anak Rita ini budak-budak cerdik."

"Bertuahnya Rita ngan anak-anak dapat jumpa Tun M."

Perkongsian wanita berusia 48 tahun itu memberikan inspirasi. Moga menjadi penguat semangat buat wanita dan ibu tunggal yang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca