TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.

Rita, 47, menzahirkan sebagai seorang ibu beliau bersyukur dengan pencapaian anak kesayangannya itu.

“Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Tahun ni Rayyan Top 10 batch student lagi.

“Kali ini di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (SUBES) pula. Tahniah,” katanya.

 

Rayyan yang mengikuti aliran Ulul Albab meraih kecemerlangan pada semester kedua dengan 13A yang mana lapan daripadanya A+ manakala selebihnya A dan satu subjek A-.

Dalam pada itu, pelakon Mami Jarum Junior itu turut berazam untuk memberikan yang terbaik dalam pendidikan cahaya matanya.

Baca juga: ‘Sayu mommy tengok. Inilah hadiah ALLAH nak bagi.’ Rita Rudaini throwback anak sulung menghafal surah undang sebak!

Baca juga: ‘Segaknya bodyguard mommy, ini baru sesuai, keluarga bahagia.’ Rita Rudaini & anak-anak muncul model baju raya raih pujian

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Rayyan dan adiknya, Airit Qaqa Arjuna

“Mommy akan pastikan anak-anak mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.

“Doa mommy akan selalu bersama anak-anak. Terima kasih ustazah. Congratulation Ryan dan kawan-kawan,” titip Rita.

Lebih istimewa lagi, menerusi video Rayyan sempat menyatakan hasratnya keputusan cemerlangnya sebagai hadiah hari lahir Rita pada 11 April lalu.

 

“Terima kasih mommy kerana menjaga Rayyan dari kecil hingga kini. Rayyan berjaya dapat 3.99, sedikit lagi untuk dapatkan straight A+. Tinggal satu sahaja A- iaitu Pendidikan Jasmani.

“Next semester Rayyan akan cuba yang terbaik untuk Mommy. 3.99 ini hadiah untuk hadiah birthday untuk Mommy, semester hadapan akan cuba dapatkan 4.0,” katanya.

Baca juga: ‘Tidak ingat bila kali terakhir menangis.’ Rita Rudaini korbankan kehidupan & keinginan demi anak-anak

Baca juga: Jangan cuit sis! Anak sekolah swasta terima tawaran MRSM, Rita Rudaini terguris dituduh ambil kuota B40

Iklan

Baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Warga maya menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan dan Rita serta menjadikan kejayaan diraih remaja itu sebagai inspirasi. Ujar mereka:

“Ryan! Never stop making your Mommy @ritrud727 proud! We wanna see more congratulations, my boy!”

“Saya pun menjaga pendidikan anak-anak. Biarpun kehidupan saya diuji oleh orang yang tidak menyukai, akhirnya dua orang menjadi doktor perubatan,seorang lagi jurutera kelulusan negara UK. Akhirnya selepas 20 tahun, saya mendongak melihat mereka. Doa orang teraniaya ALLAH makbul.”

“Hebat sangat anak mommy. Jangan berhenti buat mommy bangga . Ya ALLAH rahmati keluarga ini.”

Iklan

“Sejuk perut ibu mengandung, menitis air mata tengok video ini walaupun bukan sesapa. Tahniah Rayyan, A minus cuma Pendidikan Jasmani. Small matter, keep it uppp congrats Rita Rudaini.”

“Tahniah. 3.99 bukan mudah untuk dicapai di MRSM. Moga anakanda Rayyan terus cemerlang dunia akhirat. Ingat ya, berbakti kepada ibumu kelak”

Tahniah Rayyan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!