Rupanya panjat kerusi ambil kunci, ibu bapa cerita kejadian kanak-kanak 6 tahun tahun pandu kereta

BARU-baru ini tular berita berkaitan kanak-kanak memandu kereta di Langkawi sehingga kemalangan.

Membawa bersama adik lelaki berusia tiga tahun, tindakan kanak-kanak berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Rata-rata kagum dengan keupayaan sekecil itu mengendalikan kenderaan sehingga bergerak di atas jalan raya sejauh 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum.

Tidak ketinggalan yang bimbang dan menzahirkan kesyukuran selepas dua beradik itu ditemui dalam keadaan selamat biarpun terlibat kemalangan.

Baca juga: ‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

Di sebalik kejadian yang menggemparkan negara 9 Mei lalu, Berikut lima info berkaitan hasil penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

1-Ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 22 tahun memaklumkan sebelum kejadian beliau berada bersama dua anaknya itu di ruang tamu rumah.

2- Wanita berkenaan masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan sebaik keluar menyedari kedua-dua anaknya telah tiada di ruang tamu.

3- Sebaik mencari di seluruh bahagian rumah tidak menemui anaknya lalu wanita itu mengejutkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan anak mereka telah hilang.

4-Ketika suaminya yang berumur 28 tahun ingin mengambil kunci kereta yang digantung di dinding, lelaki itu mendapati kunci tersebut tiada.

5-Malah pemeriksaan di luar rumah turut mendapati kereta miliknya tiada di hadapan rumah.

Iklan

6-Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan keterangan daripada kanak-kanak enam dan tiga tahun itu belum dapat direkod sepenuhnya kerana masih trauma.

7-Abang yang berusia enam tahun mengatakan telah menarik dan naik ke atas kerusi lalu mengambil kunci kereta yang digantung pada dinding.

8-Si kecil itu terus menghidupkan kereta menuju ke kedai untuk membeli kereta mainan.

9-Polis turut memperoleh rakaman video terbaru daripada orang awam yang merekodkan keadaan kereta dipandu ke kiri dan kanan jalan sebelum kereta itu melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga.

10- Polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

Baca juga:Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak perempuan 2 tahun lemas di kolam renang. Ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Sumber: Astro Awani 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.