KASIH sayang seorang anak, walaupun dipukul hingga tersungkur, tetap membela si bapa dari dipukul.

Sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul bapa tular di laman sosial baru-baru ini.

Perkongsian video berkenaan tular di laman sosial Twitter. Seorang pengguna dikenali sebagai @admqrie memuatnaik kembali video berkenaan dari laman sosial TikTok. Ia memaparkan seorang lelaki memberi amaran kepada seorang bapa yang memukul anaknya sendiri.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian wargamaya ialah tindakan spontan anak kecil berkenaan mempertahankan bapanya dari dikasari individu berkenaan.

Terdahulu, kanak-kanak perempuan itu yang sebelum itu jatuh tersungkur ditampar bapanya.

Rentetan itu, warganet meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan bapa kanak-kanak berkenaan yang menyakiti anaknya.

Gambar hiasan

Baca juga Kanak-Kanak Berumur Tiga Tahun Ditemui Minum Air Lumpur Untuk Hidup Selepas Tiga Hari Dilaporkan Hilang

Malah, netizen tersentuh dan sebak dengan ketulusan hati si anak yang mempertahankan bapanya yang sudahpun memukulnya hingga tersungkur.

Iklan

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan walaupun ada wargamaya yang mendakwa ia terjadi di kawasan Chow Kit.

Iklan

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian berkenaan.

Kecuaian ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan nyawa si kecil. Perlu diketahui perbuatan memukul  bukan sahaja menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut, tetapi juga boleh dikaitkan penderaan. Semoga kita semua akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kita.

Sumber: Twitter @admqrie