IBU bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tercinta. Minggu pendaftaran siswa baharu yang sedang berlangsung di kebanyakan pusat pengajian tinggi menyaksikan pelbagai insiden menyentuh hati.

Demikian juga tingkah sebuah keluarga dari Sarawak yang tular di laman sosial TikTok ini.

Dalam memberikan yang terbaik buat masa depan anak, pasangan suami isteri rela berjalan kaki di bawah terik matahari sambil membawa beberapa buah beg termasuk bagasi untuk mendaftarkan permata hati mereka di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang, Pahang.

Baca juga: Abang sanggup berhenti sekolah bekerja sara keluarga, aksi gadis sarungkan jubah konvo undang sebak warga maya

Kehadiran mereka disedari pemilik video ketika memasuki pintu gerbang universiti berkenaan.

Pada awalnya pemilik video menyangka kenderaan yang dinaiki keluarga itu rosak.

Namun selepas diselidik, rupanya keluarga berkenaan datang dari Sarawak sebelum menaiki bas sebagai alternatif ke UMPSA.

“Dari jauh nampak satu famili ini jalan kaki tengah-tengah panas, ingatkan kereta rosak. Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tolak beg, saat yang lain naik kereta.

“Bila ditanya, katanya mereka datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA.

“Pihak UMPSA bergegas carikan kereta untuk mereka ke dalam kampus. Hebatnya kasih ayah dan ibu teman anak masuk universiti,” titip video berkenaan.

Baca juga: 16 anak semuanya masuk universiti. Ini rupanya 5 didikan bapa mereka

Rakaman berdurasi satu minit dan 13 saat yang menyentuh hati ramai.

Pemilik akaun TikTok Fai berkata pasangan suami isteri berkenaan bertugas sebagai pendidik.

Bapa berkenaan, Tahir Untong, 57, bapa kepada Nurbatrisyia Husna Tahir, 19, bersama keluarganya sanggup datang dari Lawas, Sarawak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur.

Mereka kemudian menaiki bas ke Kuantan bagi memastikan anaknya itu dapat mendaftar masuk ke UMPSA bagi mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan kepujian.

Iklan

Nurbatrisyia berkata, ayahnya yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, Lawas teruja untuk menemaninya walaupun terpaksa datang dari jauh.

Menerusi ruangan komen, warga maya memberikan kata-kata semangat buat ibu bapa dan gadis berkenaan.

– “Tahniah Husna. Itu sepupu saya. Ibu ayahnya cikgu. Cikgu memang hebat.”

– “Saya dan keluarga doakan kejayaanmu anak muda. Apabila berjaya nanti jangan lupa jasa dan pengorbanan kedua orang tua serta keluarga.”

– “Semoga ALLAH permudahkan urusan. Belajar rajin-rajin, berbakti kepada emak dan ayah.”

Iklan

– “Ibu bapa akan berusaha apa sahaja asalkan anak berjaya. Jangan lupa pengorbanan mereka.”

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Sumber: TikTok Sinar Harian, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!