Sarjan Faridah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

A
A
A

KEMATIAN anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan akibat serangan jantung.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, ia berasaskan keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan pada jam 2.54 petang waktu Lubnan (7.45 malam waktu Malaysia), 19 Mei lalu.

"Keputusan awal bedah siasat telah diperoleh pada 20 Mei 2024 mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung,” menurut kenyataan itu.

Baca juga: Anggota Malbatt, Sarjan Faridah meninggal dunia di Lubnan. 'Jumaat lalu pertemuan terakhir bersama 4 anak kami'

Baca juga: 'Makcik terima takdir, dia pergi dalam keadaan baik semasa bertugas.’ Ibu Sarjan Faridah akui arwah minat tentera

Pihak MALBATT 850-11 dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Beirut telah menyelesaikan segala urusan berkaitan proses dokumentasi dengan pihak berkuasa Lubnan dan UNIFIL bagi membawa jenazah Allahyarham Faridah pulang ke tanah air.

Jenazah dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat komersial pada 12.05 tengah 23 Mei hari ini waktu Lubnan (5.05 petang waktu Malaysia) dan dijadualkan tiba (24 Mei) pada 9.50 malam waktu Malaysia.

Solat jenazah akan dilaksanakan 25 Mei ini pada jam 5.15 pagi di Pangkalan Udara Subang bagi memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pendang, Kedah.

Jenazah perajurit itu dijangka dibawa menggunakan pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia pada jam 7 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar, Kampung Tengah, di Pokok Sena, Kedah.

Baca juga: 'Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana' Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali

Terdahulu, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah meninggal dunia pada 19 Mei, jam 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.

Majlis Penghormatan Jenazah Allahyarhamah Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.

Ketibaan jenazah Allahyarham turut disambut oleh Kontinjen MALBATT 850-11 serta suasana hiba dapat dirasakan apabila jenazah diturunkan dari van jenazah dan diusung masuk.

Tetamu kenamaan yang hadir memberikan tabik hormat ketika keranda jenazah diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan dibaluti bendera UNIFIL.

Majlis tersebut dihadiri Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob; Panglima 5 Briged (LAF), Brigedier Jeneral Ahmad Saadeh; Komander Sektor Barat, Brigedier Jeneral Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.

Majlis tersebut dihadiri Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob; Panglima 5 Briged (LAF), Brigedier Jeneral Ahmad Saadeh; Komander Sektor Barat, Brigedier Jeneral Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.

Kata kenyataan ATM, Lazaro meletakkan pingat PBB sebagai pengiktirafan atas pengorbanan Allahyarhamah sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB dan disusuli dengan Ahmad Saadeh, wakil LAF meletakkan pingat Lubnan sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Lubnan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca