Sayang ibu… Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

PENGORBANAN ibu buat kita memang tiada nilainya.

Sebagai anak, apa yang telah kita lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kita?

Seperti seorang cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan ini.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Instagramnya, beliau menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal untuk baju harian ibu tercinta.

Kongsinya;

“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.

“Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya.

“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.

“Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah,” ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur,” tulisnya.

Baca juga [VIDEO] Selamatkan kucing, bukan ‘kakak bomba’ tapi abang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.

Alhamdulillah, sejuk perut yang mengandung kan!

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sayangi dan berbaktilah kepada mereka sentiasa.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

7 mins ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

4 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

5 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

5 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

8 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

10 hours ago