SETIAP kali tiba Ramadan, pasti ramai akan mengingati video-video masakan yang dikongsikan Khairul Aming. Setiap hari, satu resipi.

Daripada selebriti Instagram, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 29, kini menjadi seorang usahawan muda yang berjaya.

Siapa tidak kenal dengan Sambal Nyet yang dijualnya. Betapa larisnya sambal berkenaan sehingga dikhabarkan stoknya disebuah laman e-dagang habis dalam masa beberapa minit sahaja!

Baru-baru ini, dia juga pernah mendedahkan setelah tiga bulan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jualan Sambal Nyet oleh pemuda berusia 29 tahun itu mencecah RM1 juta!

Jika dilihat daripada hasil jualannya, tidak mustahil bagi Khairul Aming untuk digelar jutawan muda.

Beberapa hari lalu seorang Youtuber, Hazim Hamdan Vlogs memuatnaik video yang memaparkan ‘tour’ sekitar studio masakan Khairul Aming.

Menerusi vlog berkenaan, Khairul Aming mengakui bahawa studionya itu bernilai RM 15 juta.

Namun di ruangan komen Aming memberitahu kos sebenar RM400 juta pula. Mungkin juga dia berseloroh.

YouTube video

Dalam video tersebut, Khairul Aming sempat membawa penonton meninjau persekitaran studionya yang elegan dan praktikal. Difahamkan studio berkenaan terletak di ruang bilik tidur utama yang telah diubahsuai.

Studio berkenaan dilengkapi pelbagai peralatan yang digunakannya untuk untuk menghasilkan video-video masakan.

Semuanya tersusun cantik dan kemas seperti lokasi produksi!

Rata-rata warganet kagum dan teruja dengan perkongsian itu.

– “Macam Jamie Oliver punya kitchen… 😍 lawa… Tahniah!!!!

– “Syabas anak muda.”

– “Dah level2 rancangan memasak dekat TV oooooo🔥🔥🔥🔥🔥.”

– “Bangga dengan anak muda kita hari ini. Keep up the good work adik-adik 👏👏.”

– “Studio kitchen letoppp🔥🔥😍👏.”

– “Cantiknyaaaaa studio!! Style habis! 🔥🔥.”

Tidak mustahil untuk mencapai kejayaan asalkan rajin berusaha, konsisten dan bersungguh-sungguh. Semoga kejayaan yang dicapai Khairul Aming menjadi inspirasi buat anak muda lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Hazim Hamdan Vlogs, @khairulaming