BAGAIMANA agaknya cara untuk menegur kaum Adam yang suka melepak santak ke pagi?

Mungkin kejadian semula jadi lelaki suka keluar berkumpul dengan kawan, lebih-lebih lagi jika memiliki hobi yang sama. Satu nikmat agaknya berkongsi cerita sambil menghirup bercawan-cawan kopi. Tetapi bagaimana kalau yang lepak itu lelaki bergelar suami?

Jika sekali sekala, tak mengapalah. Tapi jika setiap minggu, isteri terpaksa ‘hadap’ anak seorang diri sampai ke pagi, memang tak boleh jadi.

Baca juga: [VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai

Ada yang kata lepak-lepak sahaja, bukannya berlaku curang atau melakukan dosa. Jadi sebab itulah Bibir Merah rasa ia perlukan sikap toleransi.

Bibir Merah hendak kongsi catitan buat renungan golongan suami;

1-Utamakan isteri dan anak-anak dalam pelbagai hal. Wanita kebanyakannya sanggup lupakan lepak dengan rakan-rakan selepas berumah tangga. Dia hanya ada suami dan anak-anak.

2-kata orang-orang tua, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Memang benar, bila suami tiada di depan mata, timbul pula rasa rindu. Namun jangan pula rindu isteri itu bertukar kepada sunyi hingga ketiadaan para suami tanpa sengaja diisi lelaki lain.

3-Tukar rakan-rakan lepak itu kepada kawan-kawan kekeluargaan. Bukannya terus menerus melakukan budaya hidup bujang, lepak sampai ke pagi. Rakan kekeluargaan bersifat ‘suami’ dan akan menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

Iklan

4-Bawalah isteri dan anak-anak bersama dan usahakan lepak-lepak itu tidak terlalu kerap dan lama. Jika perlu melakukan aktiviti dengan rakan, bertimbang rasalah dengan pasangan. Ambil alih tugasnya di rumah selepas lepak supaya dia dapat berehat.

5-Jangan lupa buat kejutan yang romantis. Fitrah wanita suka dilayan dengan baik. Biar dia rasa bahagia kerana apabila ketiadaan suami, rasa tidak puas hati terkawal dan dia tidak rasa terlalu kosong.

Si Bibir Merah: Kalau buntu teguran berkali-kali tidak diendah, elok kunci sahaja pagar. Kasar sedikit tapi mungkin berkesan…

Iklan

Baca juga: Trending pengantin gelabah, ketar sarung cincin, ustazah beri ‘teguran’ sayang

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI