KHABAR gembira buat negara apabila seorang lagi atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020  semalam.

Walaupun berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki T20, namun kejayaannya penuh debaran ekoran dia mengalami kecederaan sebelum lompatan terakhir.

Ketika Abdul Latiff dibawa keluar dari gelanggang pertandingan dengan kerusi roda, atlet lain masih belum menghabiskan lompatan terakhir masing-masing.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun catatan yang dilakukan Abdul Latiff pada lompatan kedua dan ketiga tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peserta membolehkan dia mengekalkan pingat emas yang dimenangi di Paralimpik Rio bagi acara yang sama.

Abdul Latif melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final tersebut.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m manakala Nicholas Hum meraih gangsa dengan 7.12m.

Namun apa yang paling menarik tumpuan ramai semangat kesukanan atlet paralimpik, Athanasios Prodromou yang dilihat menjadi orang pertama membantu Abdul Latif apabila mengalami kecederaan sewaktu lompatannya yang kelima walaupun Abdul Latif adalah pesaingnya yang terdekat sewaktu acara sedang berlangsung.

Prodromou dilihat berlari dan terus memanggil pegawai perubatan bagi memastikan Abdul Latif diberi rawatan awal dan menyapu pasir yang melekat di badan Abdul Latif setelah wira negara itu dinaikkan di atas kerusi roda.

'Sportmanship world class' - Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Orang ramai yang turut menyaksikan detik tersebut memuji tindakan yang dilakukan oleh atlet Greece itu dan menyeru agar rakyat lain untuk berterima kasih kepadanya.

Media sosial Thanasis turut dihujani pujian.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Prodromou dan ada juga yang melahirkan rasa terima kasih dan terharu melihat semangat kesukanan yang begitu tinggi pada atlet berkenaan.

Ujar mereka;

“Nilai sportmanship yang ditunjukkan oleh atlet dari Greece tersebut bertaraf world class.”

“Terbaik, nampak nilai murni. Walaupun musuh semasa perlawanan, tapi bila atlet negara cedera, sanggup datang bantu.”

Baca juga Masuk ‘bandar berhantu’, tidur dengan lipas, 10 hari tak mandi! Itu antara momen ekstrem Hazwani dalam laksana misi kemanusiaan

“Alhamdulillah syukur, terima kasih atlet Greece. Dia memiliki hati yang ikhlas, lawan di lapangan, bersahabat di luar lapangan. Terima kasih, kami bangga dengan kamu berdua.”

“Acara tersebut mempunyai dua pemenang, Latif Romly memenangi pingat emas dan Thanasis Prodromou memenangi hati orang ramai.”

Tahniah atas sportmanship yang ditunjukkan. Semangat kesukanan yang tinggi turut dapat membantu ‘menyatukan’ netizen antara negara tersebut.