[VIDEO] Straight 'A' UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

A
A
A

WALAUPUN mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan-peperiksaan penting, lelaki ini tidak segan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Tambahan pula dalam situasi pandemik dimana negara sedang berdepan dengan masalah pengangguran.

Beberapa video memaparkan seorang pengguna TikTok Danial Rohaizat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tular.

Dalam perkongsiannya, dia berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, 9A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3, 8A dalam peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia serta Purata Nilai Gred Kumulatif 3.58 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

 

Ternyata dia berjaya membuktikan memperolehi keputusan cemerlang sejak dari bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah tidak dijadikan penghalang mencari rezeki yang halal dan mahu berdikari.

“Insya-ALLAH saya memang nak sambung sampai PhD jika ada rezeki.

"Sedang kumpul duit sambung belajar,” tulisnya.

@danial_roiTak ikut trend awal tak nak fyp. ##abangguard♬ BARB MIX 2 - Baby Q?

@danial_roi##GreenScreenScan##spm##fypシ##danroi##gilapips##rtc_aki##try_rtc♬ Sure Thing (cover version) - spin???

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang memberikan semangat dan memuji kecekalan anak muda ini yang sanggup menceburi bidang tersebut.

Baca juga Dulu kelilingi dunia, kini buka bisnes jual ayam gara-gara PKP. Transisi hidup lelaki ini cetus inspirasi

Malah ramai juga berkongsi pengalaman bekerja dan realiti kehidupan yang dilalui ketika ini. Semoga kecekalan anak muda ini menjadi inspirasi buat kita semua agar tidak terlalu cerewet mendapatkan pekerjaan demi mendapatkan rezeki yang halal buat keluarga.

 

Menurut Statistik Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 768,700 orang atau 4.8 peratus rakyat Malaysia menganggur setakat Jun lalu.

Jom follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Danial Rohaizat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca