‘Suami tunggu dalam kereta jaga anak.’ MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

Selebriti terkenal MUA Bellaz berkongsi momen ketika menimang cahaya mata sulung.

Akui pemilik nama sebenar, Nur Nabilah Zulyadaini,  selain kehadiran si kecil yang telah mematangkan dirinya sebagai seorang ibu, kehadiran Iris Alisya atau mesra dipanggil Eica telah menambah rezeki mereka sekeluarga.

“Kenangan  anak pertama ini, sebenarnya mengajar kita banyak perkara dalam rumah tangga. Jadi, lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling bekerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Beritahu Bellaz lagi, pada waktu berkenaan, beliau sudah mula mengambil tempahan mekap untuk pengantin dan membuka kelas solekan.

Iklan
Iklan

Sementara, suaminya terpaksa bertindak menjaga si kecil itu di dalam kereta.

Mahu dijadikan cerita, kenderaan mereka tiada penghawa dingin. Jadi, hanya kipas daripada kertas digunakan, bimbang si anak dalam kepanasan.

“Sementara tunggu saya siap pengantin, suami akan tunggu di bawah pokok. Namun, momen paling saya tidak dapat lupakan, ada satu hari, selepas hantar saya untuk mekap pengantin,  suami singgah makan di kedai kerana lapar.

“Baru sahaja nak makan, Eica pula buat hal apabila buang air besar. Habis baju suami waktu itu. Apabila suami menghubungi saya dan berkongsi hal tersebut,  kami sama-sama ketawa kelucuan. Memang kenangan betul waktu itu,” ungkap Bellaz lagi.

Tambah beliau  lagi, suaminya sebelum ini pernah bekerja sebagai runner. Setiap kali dirinya mendapat tempahan pengantin untuk mekap, si suami akan berkorban  dengan mengambil cuti, lebih-lebih lagi jika lokasi jauh.

“Hari Jumaat sepatutnya suami cuti rehat, tetapi beliau  yang banyak memberi sokongan dalam dunia solekan ini.

“Suami yang beria supaya saya menyertai jika ada sebarang pertandingan mekap. Kalah menang itu belakang kira katanya, yang  penting kita cuba,” ujarnya.

Kenangan tersebut kata Bellaz, masih segar dalam ingatannya sehingga kini.

Justeru, kata ibu kepada empat anak itu, selalulah mencipta kenangan kerana apa yang berlaku tidak akan  berulang kembali.

“Sebab itu, saya selalu tulis, kenangan hari ini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi, ciptalah momen kamu setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, amin,” katanya.

Sumber: Instagram MUA BELLAZ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

6 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

7 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

8 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

10 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

12 hours ago