‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

DULI Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial dalam kenyataan berkata pemilihan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan.

Syed Danial berkata, Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Baca juga 10 fakta menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17

Di sebalik majlis yang penuh istiadat itu, dilihat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berpelukan [VIDEO] terharu dengan perlantikan kekandanya.

Momen tersebut membuatkan ramai tersentuh. Ada yang berlinang air mata melihat keakraban dua beradik kerabat diraja itu.

Ujar mereka;

“Siapa tengok lebih tiga kali, kumpul sini.. sweet adinda dengan kekanda berpelukan.”

“Sweetnya… siap bagi pinjam sapu tangan lagi lap air mata.”

Iklan

Baca juga Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

“Sebak, sedih, terharu, gembira semua ada… air mata pun tiba-tiba berlinang.”

“Inilah namanya jalingan hubungan adik-bradik tidak akan putus. Sweet kasih sayang seorang adik kepada kakandanya. Allahuakhbar.”

Iklan

“Terharu sangat, keluar air mata tengok betapa hormatnya adinda pada kekandanya.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!