SEKALUNG ucapan tahniah buat B Janushaa iaitu pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Empat tahun Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu menjalani program ijazah di akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat (AS) bagi menjadi pegawai tentera profesional bersama pegawai kadet dari seluruh dunia.

Beliau juga turut mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Ismail Sabri berbangga dengan kejayaan Janusha di pentas dunia.

"Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janusha yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia, malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan," tulisnya.

Ujarnya lagi, kejayaan tersebut diharapkan menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

"Syabas dan tahniah PKK Janushaa!" katanya.

Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

Sementara itu, ini info mengenai pegawai wanita TLDM berkenaan;

1. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford, Lipis, B Janushaa, mencipta sejarah negara apabila menjadi pelajar perempuan pertama Malaysia dipilih ke Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) di Annapolis, Maryland.

2. Janushaa, 23, adalah penuntut Asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

3. Anak kepada pasangan M Bala Krishan, 59, dan S Saraswathy, 59, itu diterima masuk selaku kadet tentera ke akademik berkenaan setelah menjalani sesi temu duga serta saringan ketat dan beliau melapor diri pada Jun 2018.

Baca juga Agong, Permaisuri abadi kenangan mural Sudirman, legenda penghibur nasional

4. Janushaa menerima surat tawaran memasuki akademik ketenteraan itu yang disampaikan Duta Besar AS Kamala Shirin Lakhdhir dalam satu majlis di Dewan SK Clifford di Lipis, pada Mei 2018 lalu.

5. Janushaa yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij AS itu sejak 1971.

6. Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA bermula 2018 bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.

7. Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden AS, Joe Biden.

Tahniah Janushaa! Pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA yang boleh memberikan inspirasi buat wanita di luar sana.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI