ORANG kata jika si comel berjauhan dengan tuannya, itu petunjuk ia akan mati dan tidak mahu tuannya tahu.

Namun lain terjadi dengan si Uteh ini yang tak mahu berenggang dengan tuannya.

Menerusi perkongsian Rosmayani Din di laman Meowciked Official Group, sahabatnya baru sahaja dijemput Ilahi dan kucing peliharaannya seakan tahu hayatnya sudah tidak panjang. Sebaknya!

Katanya, arwah sahabatnya itu sebelum ini ada memuat naik di Facebook ‘perangai’ si comel kesayangan yang sedikit pelik apabila langsung tidak mahu berjauhan.

Artikel berkaitan: Pengetua sekolah jadi rider Grab demi kutip dana sekolah agama buat warganet tersentuh

Iklan

Sampai sanggup tunggu tuannya ini di depan pintu tandas.

Antara perkongsiannya;

Hairan… Uteh tak mahu berenggang dengan aku.. minum ayaq sisa-sia dalam cawan aku, tak mau duk jauh. Keluar sat-sat masuk tidur sebelah.. betul ke orang kata, dia takut aku ‘tinggal’ dia…

Dia pulak lebih-lebih, aku bangun pergi bilik air, dia pun bangun tunggu depan pintu. Pelik sungguh. Aku baring, dia pun baring.

Aku marah, aku kata pergi la duk jauh sikit.. ibu tak mati lagi kot. Nanti ok la.. rimaslah sampai tak
berenggang! Pastu pergi situ pulak tengok aku dari jauh.

Isshhh laa.. kenapa ni sampai tak mahu jauh… solat pun mari tidur depan.

Begitulah, hanya pencinta kucing sahaja yang faham akan rasa itu.

Iklan

Sumber: Rosmayani Din