Tak perlu nak berebut & beratur panjang beli biskut raya, lelaki ini kongsi kisah support jualan banduan

BISKUT raya antara item wajib ada di pagi Syawal. Sudah tentunya aneka pilihan menjadi juadah untuk menjamu tetamu walaupun hanya kuih tunjuk-tunjuk jer.

Antara nama snek Aidilfitri yang popular seperti tart nanas, semperit, batang buruk, almond london, makmur dan banyak lagi.

Boleh dikatakan belum masuk bulan Ramadan, ramai peniaga biskut raya homemade sudah buka tempahan.

Itu belum cerita lagi premis yang diserbu ramai pembeli sehingga mereka sanggup beratur panjang. Fuhh! Memang laku keras.

Lain pula pendekatan pemilik akaun @kinnnmarrr yang berkongsi video pendek berdurasi seminit 21 saat di TikTok.

Beliau menunjukkan biskut raya yang dijual di Galeri Jualan Produk My Pride Seksyen Vokasional & Industri di Jabatan Penjara Malaysia, Bahagian Pengurusan Banduan.

Premis berkenaan terletak di Penjara Kajang, Selangor.

Iklan
Iklan

Tak perlu bersesak dengan orang ramai, ruang jualan yang selesa tersebut memudahkan pembeli untuk memilih produk raya.

Menurut video yang dikongsikan oleh lelaki itu, pelbagai biskut dan hamper raya yang disusun cantik, siap sedia dijual pada harga mampu milik.

Antaranya rempeyek kacang tanah, almond chocolate ball, nestum snowy, dahlia classic, bangkit, tempe dan lain-lain.

Di sana katanya, walaupun penghuni penjara tidak dapat beraya dengan bebas, namun ada hasil tangan mereka yang boleh dinikmati bersama keluarga tersayang.

 

Video yang menerima lebih 437,000 tontonan dan 16,600 tanda suka membuatkan ramai teruja.

Antara komen yang mencuit hati apabila netizen bertanyakan bagaimana mahu masukkan jualan di sana.

Sekali jawapan yang diberikan oleh seorang lagi warga maya yang mana mereka perlu masuk penjara dulu. Aduh!

Tak kurang juga yang bertanyakan tentang hasil daripada jualan tersebut, sama ada diserahkan kepada penghuni atau pihak pengurusan penjara.

Pemilik video berkenaan memberikan penjelasan bahawa penghuni yang bekerja di dalam penjara akan diberikan gaji dan insentif.

“Duit gaji itu jadi bekalan untuk bebas nanti. Mereka nak guna beli barang keperluan asas dalam penjara pun boleh,” jawabnya.

Baca juga Biskut Kacang Mazola rangup & sedap, mudah sangat hanya 5 bahan. Tak perlu acuan!

Menurut seorang lain warganet, Noorsuziana Aziemie yang merupakan salah seorang kakitangan di sana juga mengajak semua untuk shopping kuih raya.

“Orang luar boleh masuk, datang jer ke galeri banyak biskut raya dan hasil penghuni dijual di sana. Biskut pun sedap,” tulisnya.

Terdapat juga idea menarik yang mencadangkan supaya produk hasil tangan banduan dijual online atau beg kuning di TikTok.

Paling tidak pun dapat merancakkan jualan air tangan penghuni penjara di seluruh negara.

Rata-rata pembeli yang sudah merasai produk jualan di galeri berkenaan berkongsi keenakan biskut raya.

“Saya tak suka langsung makan tart nanas, tapi lepas makan tart nanas penjara kajang ni terus in love

. Sedap gila.” – Ain

“Karipap dia orang sedap. Puas hati makan. By the way boleh pos ke kuih raya tu?.” – TeyhaGanu95

Baca juga Julie’s perkenal dua perisa baharu, anjur Pameran Biskut Sandwic Ekslusif dengan tawaran hadiah menarik

“Memang sedap karipap kambing tu. Orang Sarawak datang memang borong terus.” – Zafian’s Shop

“Saya baru beli kelmarin tapi Penjara Alor Setar. Harga memang berpatutan tapi dah tak banyak jenis kuih raya yang ada.” – MrsSakura6

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak berwajib yang memberi ruang dan peluang kepada penghuni untuk menjana pendapatan sampingan.

Moga dengan usaha itu, mereka dapat membina haluan hidup baharu selepas keluar nanti.

SinarPlus juga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca dan jangan lupa komen dan share story kami!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

15 tahun ‘menyepikan’ diri, Sarimah Ibrahim akui tak hilang, kini kembali berlakon

“SAYA tak hilang, cuma jarang muncul dalam industri seni.” Ungkap pengacara dan pelakon, Che Puan…

8 hours ago

‘Let them eat cake’ cetus gerakan Block Out 2024, netizen boikot selebriti ‘tutup mulut’ isu penduduk P4lestin

BARU-baru ini warga maya di Malaysia melancarkan gerakan Blockout 2024 sebagai salah satu cara menunjukkan…

8 hours ago

‘Ia mengikut prosedur.’ JPN dedah Halim Othman, ibu Myra Natasya kemuka pembetulan sijil kelahiran

KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai. Hal berkenaan dikatakan…

11 hours ago

‘Handsome dan cantik jelita semuanya. ‘Anak lelaki Anzalna bergambar bersama sepupu buat ramai terpegun. Sweetnya!

HANDSOME dan cantik-cantik belaka. Demikian pujian yang diberikan kepada anak selebriti terkenal Anzalna Nasir yang…

14 hours ago

‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab…

15 hours ago

Desserts homemade berasap viral di Pontian, Johor! Ini rupanya aiskrim dulang lengkap dengan topping buah segar

WAH! Ini boleh bikin romantis bila dapat makan aiskrim bersama kesayangan. Apatah lagi, premis yang…

16 hours ago