Biskut Kacang Mazola rangup & sedap, mudah sangat hanya 5 bahan. Tak perlu acuan!

BISKUT Kacang Mazola atau biskut kacang tanah antara menu klasik hari raya. Rangup dan sedap berlemak, teksturnya yang rangup cukup disukai ramai. Selain ketupat dan rendang, kuih-muih ‘dolu-dolu’ ini antara pelengkap hidangan 1 Syawal yang bakal menjelang.

Rupa-rupanya mudah sahaja membuatnya. Hanya menggunakan lima bahan asas, biskut  ini boleh disediakan.

Baca juga: 2,600 likes, sedapnya Almond Cluster, kuih raya 2 bahan tak ada oven pun boleh buat, cornfirm laku keras!

Baca juga: 35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang

Iklan
Iklan

Baca juga: Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang

Tak perlu acuan pun menjadi! Berikut resipi yang dikongsikan Jaja Noriza:

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan

1kg kacang tanah [BELI DI SINI]
1kg tepung gandum [BELI DI SINI]
700g gula aising (600g jika ingin kurang manis) [BELI DI SINI]
Minyak mazola/ jagung secukupnya [BELI DI SINI]
1 sudu kecil garam halus [BELI DI SINI]

Hiasan
1 biji kuning telur
Pewarna kuning
Kacang tanah

(disangai dan dibelah)

Cara penyediaan:

1-Sangai kacang tanah hinggga garing tanpa minyak dan kisar halus. Anda juga boleh membuang kulitnya.

2-Masukkan kacang tanah ke dalam mangkuk pengadun bersama gula aising, tepung gandum dan garam. Gaul hingga rata.

3-Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang boleh dikepal. Awas jangan terlebih kuantiti minyak kerana akan terlebih gebu.

4-Terap biskut menggunakan acuan atau boleh sahaja bulatkan menggunakan tangan dan leperkan.

5-Susun di atas dulang pembakar.

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Baca juga: 2,600 likes, sedapnya Almond Cluster, kuih raya 2 bahan tak ada oven pun boleh buat, cornfirm laku keras!

Baca juga: Resipi rendang ayam pencen sedap dan mudah, ini sukatan untuk seekor

6-Campurkan kuning telur dan pewarna kuning sehingga sebati.

7-Hiaskan pada tengahnya dengan kacang tanah dan sapu kuning telur yang dibancuh tadi.

8-Bakar biskut ini pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.

9-Siap! Sejukkan di atas redai sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.

Selamat mencuba!

Sumber: Jaja Noriza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

2 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

20 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

22 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago