Tak semestinya berijazah hantaran RM10,000, enggan berhutang untuk kahwin perkongsian wanita ini raih pujian netizen

WANG hantaran adalah salah satu perkara menjadi perhatian dalam majlis perkahwinan. Malah ada dalam kalangan masyarakat yang menetapkan wang hantaran berdasarkan tahap akademik pengantin perempuan.

Mungkin ada dalam kalangan Raja Sehari yang perlu mengeluarkan kos yang besar untuk majlis.

Sementelah harga barangan yang meningkat, bajet majlis juga melambung. Namun bagi memenuhi kehendak keluarga, ramai bakal pengantin pasrah hingga perlu membuat pinjaman peribadi.

Bagaimanapun perkongsian wanita ini membuka mata ramai wanita. Enggan menjadi seperti segelintir masyarakat yang menggunakan pencapaian akademik dalam menentukan jumlah hantaran, pengguna TikTok Nadia Md Yusof berkongsi majlis perkahwinannya yang dilangsungkan mengikut kemampuan.

Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Diijab kabul pada 22 Mei lalu, wanita yang memiliki ijazah sarjana muda itu mempunyai prinsipnya sendiri dan tidak meletakkan wang hantaran yang tinggi sebaliknya mengikut kemampuan.

Iklan
Iklan

Menerusi TikTok, Nadia berkongsi acara merisik diadakan penuh sederhana tanpa pelamin manakala cincin risik dipinjam daripada ibu mertua sebagai tanda.

Majlis akad nikah pula diadakan di pejabat agama kerana ia tidak perlu melalui proses permohonan yang yang melibatkan banyak pihak.

Baca juga: Hantaran kahwin punca tiga wanita di India tamatkan riwayat hidup. Ini kronologi kejadian

“Nikah di pejabat agama. Senang sebab tidak perlu memohon daripada banyak pihak jika mahu bernikah di masjid.

“Mas kahwin RM22.50 manakala wang hantaran ialah RM7,000 with degree. Jangan iktutkan cakap orang. Tidak semestinya jika memiliki ijazah perlu hantaran sekurang-kurangnya RM10,000” titipnya.

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Nadia menyeru masyarakat tidak normalisasi perkahwinan di luar bajet pasangan pengantin.

Malah wanita itu berkata impak hutang mungkin akan menjadi punca pertelingkahan kepada pasangan yang baru memulakan kehidupan berumahtangga.

“Ikut kemampuan kita sebab yang penting kehidupan selepas nikah. Kalau awal-awal sudah berhutang sebab hendak ikutkan ‘grand’ sama seperti majlis orang lain risau selepas kahwin jadi penyebab bergaduh, sebab stres hutang menggunung. Jangan normalisasi majlis perkahwinan di luar kemampuan,” katanya.

“Tidak berbaloi sehari habis berbelas-belas atau puluhan ribu untuk nampak gah pada mata orang. Sedangkan majlis kita selepas sejam dua orang sudah lupa,” katanya.

Baca juga: Lelaki 45 tahun pinang wanita 20-an, sanggup belanja hantaran tinggi dan hadiah mewah bernilai RM870,000 demi cinta

Perkongsian Nadia meraih tumpuan warga siber yang rata-rata mengimpikan perkahwinan yang sederhana sepertinya.

-“Bahagia kita, kita yang ciptakan sendiri. Bukan ikut cakap orang lain. Semoga berbahagia sis.”

-“Untung awak senang bernikah. Saya stres dengan keluarga hendak itu dan ini tetapi saya yang tersepit, senak fikir duit.”

-“Bagusnya dapat famili memahami. Kalau yang suka mendengar kata-kata orang, kita yang tersepit”

-“Saya pun buat seperti awak kerana target beli rumah cepat, tidak mahu menyewa lama.”

-“Acik suka tengok pernikahan seperti ini. Mudah dan ringkas. Semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga.”

-“Sama seperti saya tidak tunang merisik sahaja. Kemudian semasa ijab kabul, nikah dan bersanding hari yang sama kerana dapat berjimat banyak perkara seperti segi solekan, busana dan kenduri makan.”

-“Saya memiliki ijazah sarjana muda dan kini sedang megikuti pengajian sarjana. Hantaran ditetapkan RM8,000 tetapi pihak lelaki menambah RM2,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM10,000. Tidak sangka mereka tambah pada saat akhir.”

-“Tahniah sis dan pasangan kerana celik kewangan daripada usia muda. Mindset terbaik.”

Baca juga: Menantu kurang cantik, ibu mentua suruh batalkan perkahwinan

Justeru, usah keliru wanita. Wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara yang berbeza.

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan.

Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Pada kebiasaannya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri.

Wang hantaran merupakan adat dan ia tidak wajib.

Mas kahwin atau mahar pula merupakan pemberian wajib pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan.

Ia telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Setiap negeri, mempunyai nilai mas kahwin berbeza.

Terdapat negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibu bapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri.

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Sumber: TikTok @aidaneusofff

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

6 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

9 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

11 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

11 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

13 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

16 hours ago