PENGACARA dan doktor selebriti, Dr Say sangat dikenali ramai kerana suka berkongsi tip rumah tangga dan kesihatan.

Terbaharu, pengacara rancangan TV My Doctor itu berkongsi, dia terkejut dan terkedu setelah mendapat
keputusan pemeriksaan kesihatan penuh miliknya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut pemilik nama sebenar Dr Shazril Shaharuddin itu, dia juga berasa bimbang dengan keputusan berkenaan kerana ia melibatkan buah pinggang dan tahap kolestrol dalam badan.

Siapa sangka, Dr Say yang begitu menitikberatkan soal kesihatan juga dibelenggu masalah.

Menerusi posting di Instagram, Dr Say mengatakan dirinya mengalami kerosakan buah pinggang pada tahap dua.

“Semestinya berkait rapat dengan gambar ni yakni terduduk saya dibuatnya. Januari 2021 total kolestrol saya 8.3, Alhamdullilah tahun 2022 ni total kolestrol saya turun kepada 7.0. Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan kolestrol jahat (LDL) saya pulak dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58.

“Selain tu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 dan pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected.

“Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang Wallahualam tapi saya nak check lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay.

dr say

“Am i worried? Semestinya. Tang kolestrol dan tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yang buat saya sedikit cuak sebab normalnya tak ada darah pada air kencing unless ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.

“Mungkin nak kena buat ultrasound sebab tak naklah dari tahap 2 tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap 5.

Iklan

“Kalau tanya perasaan saya, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak ahaha. Sedikit lega tang bacaan
kolestrol makin better dan lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi serta kisah buah pinggang tu,” coretnya.

Dalam pada itu, ujar Dr Say lanjut, mengikut nasihat pakar perubatan, dirinya tidak perlu mengambil ubat kolestrol.

Iklan

Baca juga Tuduh Mabuk, Tiada Pertolongan, Dr Say Kecewa Video Tular Babitkan Pemandu Lori

“Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan dan senaman untuk tiga bulan ni dan repeat balik ujian
kolestrol bulan April nanti.

“Kalau korang ikut story saya memang saya mula jaga dah pemakanan dan senaman sejak 1.1.2022 aritu. Moga dengan keputusan medical check up ni buat saya kekal motivated untuk teruskan healthy lifestyle saya. Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepok kalau kesihatan tunggang langgang,” ujarnya.

Pesan Dr Say buat orang ramai, buatlah pemeriksaan kesihatan masing-masing.

“Siapa yang tak buat medical checkup lagi, nasihat saya malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical check up. The best investment you can make is in your own health,” katanya.