'Terima kasih suami berikan tangan tutup kekuranganku', suami Norfarrah suapkan makan buat ramai sebak
'Terima kasih suami berikan tangan tutup kekuranganku', suami Norfarrah suapkan makan buat ramai sebak
PERNAH sebelum ini tular kisah seorang wanita hebat dan cekal yang mampu menguruskan kehidupan sendiri termasuklah memandu kenderaan walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.
Wanita orang kurang upaya (OKU), Norfarrah Syahirah Shaari, telah menamatkan zaman bujangnya dengan insan tercinta Zulfadli Syahrul pada Julai lalu dan mendapat jutaan ucapan tahniah serta doa buat rumah tangganya.
Baru-baru ini, Norfarrah yang mesra dipanggil Farah tampil berkongsi sebuah video di aplikasi Tiktok miliknya yang memaparkan dirinya dan suami sedang makan di dalam kereta.
Video berdurasi 59 saat itu menyentuh hati ramai. Warga maya sebak melihat kasihnya seorang suami kepada isterinya dan ada yang menyatakan sukar untuk ketemui lelaki baik seperti suaminya pada zaman ini.
Baca juga Wanita lahir tanpa kedua-dua tangan selamat disatukan, suami sifatkan Norfarrah ‘super woman’
Lagi membuatkan ramai terharu apabula membaca kapsyen Farah pada video tersebut yang mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana telah sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah berkongsi juadah bersama-sama.
"Terima kasih suami @ZuL berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita.
"Terima kasih semua atas doa dan ucapan, doakan yang terbaik untuk kami sampai ke Syurga," coretnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh serta terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu.
Ujar mereka:
"Bayangkan berpuluh tahun dia guna kaki untuk semua hal, ALLAH yang Maha Baik hantarkan 'tangan' untuk dia. Doa banyak-banyak ALLAH Maha Penolong."
"Syurga buatmu suami, layanlah isterimu elok-elok. Isterimu sangat istimewa."
"Wahai ALLAH yang Maha Baikk berikanlah kebahagiaan kepada mereka berdua sehingga ke Syurgamu."
Baca juga Bakti Norfarrah Syahirah
"Sabar ya bang... jauh lagi perjalanan kita ke Syurga sebab itu pikullah seberat-beratnya pahala di dunia."
"Alhamdulillah suka tengok pasangan romantis ALLAH hadirkn insan terpilih."
Farrah dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2023 di Bagan Datuk, Perak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang